Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin March 16, 2018 @ 6:09am

6 Filem HITS Pecah Panggung Mac Ini!

Berita baik buat peminat tegar filem klasik golden age era 60 an, 70-an, 80-an dan 90-an. Tonton dengan kerjasama HITS membawakan filem-filem klasik Hollywood yang menggabungkan kesemua rancangan terbaik dalam satu program. Filem yang bakal ditayangkan pada hujung minggu ini merupakan filem-filem blockbuster yang pastinya membawa anda mengimbau zaman era kegemilangan filem-filem klasik dalam siaran berdefinisi tinggi . Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem terbaik ini hanya di HITS MOVIES Presents, setiap hujung minggu dari jam 8 malam di saluran HITS – tersedia di tonton VIP!

  1. City Slickers

 

dengan seorang rakan, Curly yang banyak mengajar mereka tentang bagaimana cara-cara untuk menjaga sekumpulan binatang ternakan mereka.

Lakonan Billy Crystal, Daniel Stern dan Bruno Kirby ini sememangnya akan memberikan anda momen yang menarik mengenai kehidupan kaum lelaki. So, kalau nak tahu apakah konflik yang bakal mereka hadapi selepas ini jangan lupa untuk saksikan City Slickers pada 17 Mac, jam 8 malam, hanya di HITS MOVIES Presents, di saluran HITS!

    2. The Amityville Horror

Filem seram yang diadaptasi dari kisah benar ini akan menghantui malam minggu anda! Dengan    menelan belanja sebanyak 19 juta dollar, filem The Amityville Horror ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah kesebuah rumah dimana rumah tersebut menyimpan rahsia suatu pembunuhan. Seramkan? Filem ini akan menemui anda pada 18 Mac ini, pada jam 10.15 malam di HITS . Jangan ketinggalan!

   3. The Pink Panther

 

Filem The Pink Panther ini merupakan filem yang amat dinanti-nantikan oleh peminatnya. The Pink Panther mengisahkan tentang seorang Inspektor Clouseau lakonan mantap Peter Sellers yang ditugaskan ke Kota Rome bagi menangkap pencuri yang telah mengambil berlian milik Pink Panther. Agaknya bagaimanakah kesudahan cerita yang penuh dengan aksi dan babak-babak yang mendebarkan ini. Saksikan The Pink Panther pada 18 Mac, jam 8 malam semestinya di HITS MOVIES Presents, hanya di saluran HITS anda!

  4. The Good, The Bad, And The Ugly

 

“They formed an alliance of hate to steal a fortune in dead man’s gold” merupakan salah satu tagline dalam filem ini. Filem berdurasi lebih daripada 2 jam ini mengisahkan tentang perjalanan 3 orang cowboy yang dilakonkan oleh Blondie (Clint Eastwood), Angel Eyes (Lee Van Cleef) dan, Tuco (Eli Wallach). The Good, The Bad and The Ugly merupakan watak bagi 3 cowboy berdasarkan kepada karakter mereka. Sesuai dengan tagline filem, watak-watak ini cuba bersaing untuk mendapatkan emas yang telah disembunyikan disuatu tempat. Agaknya dapatkah mereka menjumpai emas tersebut? Jangan lupa untuk saksikan siaran HD filem The Good, The Bad, and The Ugly ini pada 18 Mac, jam 10.15 malam!

  5. The Great Escape

 

Cerita berdasarkan kisah benar ini diambil dari cerita tentang sekelompok tahanan perang semasa Perang Dunia kedua (world War II). Menerusi file mini kita dapat lihat bagaimana taktik askar –askar Nazi mengumpulkan kesemua tahanan mereka yang paling licik disebuah kem penjara. Namun, tahanan mereka mengambil peluang tersebut untuk mencari jalan bagi meloloskan diri mereka dari kem penjara tersebut. Lakonan mantap Charles Bronson, James Garner, Donald Pleasence dan Steve McQueen ini mampu membuatkan anda ternganga menyaksikan taktik dan usaha mereka demi untuk membebaskan diri dari kem tersebut. Korang rasa berjaya kah mereka dalam usaha tersebut? Jangan lupa untuk menonton The Great Escape pada 24 Mac, jam 8 malam! 

  6. Dirty Rotten Scoundrels 

 

Filem komedi sekali lagi menghiasi malam minggu anda pastinya dengan aksi lucu lakonan Steve Martin dan Michael Caine. Filem ini nampaknya menjadi antara salah satu filem clever comedy yang dipenuhi dengan bentuk-bentuk komedi yang segar. Dalam cerita ini Lawrence (Michael Caine)  dan Freddy Benson (Steve Martin) menjadi tumpuan utama apabila diberikan watak sebagai Scoundrel. Berusaha mengambil wang dari seorang wanita kaya, Lawrence dan Freddy masing-masing menggunakan taktik kotor bagi menjayakan misi mereka. Bagaimana agaknya kesudahan cerita ini? Dan, apakah peranan Frank Oz dalam cerita ini? Pastikan anda terus menonton Hits Movie pada 31 Mac ini, jam 8 malam di HITS MOVIES Presents, hanya di saluran HITS!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 May 2019

李欣怡和庄群施玩起游戏非一般凶狠!没事不要惹女人

《Durian Kaya Teh Tarik》首女女嘉宾!李欣怡和庄群施玩起游戏非一般凶狠~

Filem Sat, 28 Jul 2018

艺人热血征战 《新舞林大会》升级回归

艺人热血征战只为再解锁舞蹈魅力!八度空间将从7月28日起,每逢星期六,晚上8时30分,全马首播《新舞林大会》。

Filem Fri, 22 Nov 2019

Attention! Ejen Ali Teams Up With Mydin For A BTS 2020 Collaboration!

First collaboration between Mydin and Ejen Ali set to gear up your school’s preparation for 2020.

Filem Tue, 13 Aug 2019

入口即化又不油腻的「拖地叉烧」你吃过吗?

哪里才能品尝到远近驰名的「拖地叉烧」?

Filem Wed, 22 Aug 2018

Love X Stereo is the Latest Korean Band You Need to Know

They’re a duo and perform some really awesome tracks. Catch them live in Kuala Lumpur!

Filem Mon, 26 Nov 2018

王冠逸《双子情人》一人分饰二角神演技!

王冠逸《双子情人》一人分饰二角,整部剧多达600多场戏吃不消?!

Filem Tue, 17 Sep 2019

让你大开眼界!带你品尝可能你都没吃过的异国美食

不管是亚洲还是欧洲,越吃不到的异国料理就越令人万分期待,所以这集的《好吃!》将带大家去品尝你可能都没吃过的异国美食~

Filem Fri, 12 Jan 2018

超狂神作《与神同行》带你下地狱!

即将于1月18日上映的《与神同行》(Along With the Gods)剧情描述主角消防员金自鸿在死后的49天内,与阴间使者一同接受轮回的考验。一部长达两个小时又二十分钟的电影,为什么会被这么多人狂推呢?

Filem Tue, 14 May 2019
Filem Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!