Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul August 7, 2020 @ 1:37pm

12 Masjid Di Perlis Diarahkan Tutup

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Dengan itu, solat Jumaat hari ini diganti dengan Solat Zohor di rumah masing-masing,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di DUN Sanglang ialah Masjid Al-Rahman,Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga buah masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

Events Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Anak Rimau The Movie Suntik Semangat Patriotisme, Bakal ‘Mengaum’ Di Pawagam Pada 1 September 2022!

Fuhh, tak sabar min nak tengok Beto jadi jurulatih ala-ala Mokhtar Dahari! Nantikan filem berkonsepkan bola sepak menampilkan bintang hebat dan anak-anak remaja Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

Featured Mon, 21 Jul 2025
Featured Sat, 28 Jun 2025
Events Wed, 5 Sep 2018

Wakili Malaysia, UPAG Sasar Pingat Emas Di Cheonan

Kami berbangga dengan penyertaan dan dapat mewakili negara dalam memartabatkan tarian dan budaya kebangsaan di mata dunia. Kami akan buat yang terbaik…Good Luck UPAG!

error: Content is protected !!