Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 13, 2020 @ 4:59pm

Pencetus Kluster Sivagangga Dipenjara 5 Bulan

Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohammed Sabur Batcha, 57 didakwa atas empat pertuduhan melanggar arahan kuarantin di Hospital Lama Alor Setar, Kedah hari ini.

Denda RM12,000 dan penjara

Nezar Mohammed yang mencetuskan Kluster Sivagangga dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara selama 5 bulan bermula hari ini selepas didapati bersalah kerana ingkar arahan kuarantin pada 14 Julai lalu.

Bagaimanapun, beliau yang sedang dirawat di Hospital Lama Alor Setar membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tiga pertuduhan dibacakan sekaligus

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di premis Public Bank cawangan Jitra sekitar jam 3 petang pada 14 Julai lepas.

Dan, beliau didakwa melakukan kesalahan berikut mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama di premis Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu lebih kurang jam 3.35 petang pada tarikh yang sama.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, beliau juga didakwa tidak mematuhi arahan pengawasan dan pemerhatian itu lebih kurang jam 3.58 petang di Premis Agro Bank Cawangan Jitra.

Hukuman sebagai pengajaran

Menurut Timbalan Pendakwa raya Negeri, Zabidah Ahmad, hukuman maksima di bawah seksyen ini dan penjara sebagai deterrence bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang awam yang masih tidak mematuhi SOP yangtelah ditetapkan.

Terdahulu, sebanyak 45 kes jangkitan dan ekonomi negara terjejas melibatkan kerugian RM1 juta di kawasan PKPD secara pentadbiran di Kubang Pasu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Feb 2022

Rasa Macam Kena Scam… Pengantin Spend RM7,000 Nak Kek Kahwin Batu Swarovski, Akhirnya Dapat Manik Biasa

Usahawan selebriti, Iddin Syah meluahkan kekecewaan apabila kek majlis resepsi perkahwinan bernilai RM7,000 yang ditempah berbeza daripada apa yang dijangka. Menurut Iddin yang merupakan pengasas produk kecantikan ESW, permintaannya untuk melihat kek perkahwinan dihiasi batu […]

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Sun, 28 May 2023
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun. 

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Tue, 24 Mar 2020

Gara-Gara Covid-19, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Terpaksa Dihentikan?

Jadi gais jangan degil nanti susahkan semua orang pula

error: Content is protected !!