Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 5, 2021 @ 4:29pm

Berkahwin Di Usia 17 Tahun, Keanggunan Isteri Putera Mahkota Brunei Masih Jadi Bualan Sehingga Kini

Kerabat diraja sememangnya memiliki keistimewaan mereka tersendiri. Dari segi rupa paras, personaliti dan kredibiliti yang dimiliki menjadikan diri mereka sentiasa menjadi tumpuan lensa di mana sahaja berada.

Keanggunan yang dimiliki oleh pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Walaupun kini mencecah usia 33 tahun namun keanggunan Pengiran Anak Sarah masih tetap terserlah.

Berkahwin dengan Putera Mahkota Brunei pada usia 17 tahun

Bibit-bibit percintaan antara putera mahkota Brunei,  Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Sarah dikatakan bermula ketika Putera Brunei itu mengadakan lawatan ke sekolah Pengiran Anak Sarah.

Pasangan ddiraja itu kemudian berkahwin dalam satu acara perkahwinan penuh gilang gemilang disaksikan ribuan rakyat jelata.

Pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata.

Ikon fesyen dunia

Menjadi salah seorang kerabat diraja Brunei menjadikan Pengiran Anak Sarah seorang ikon fesyen dikenali ramai.

Penampilan puteri raja itu di setiap acara dan aktiviti sentiasa menjadi bualan hangat.

Status Pengiran Anak Sarah sebagai ikon fesyen semakin dikenali selepas beliau berkolaborasi bersama mogul usahawan Malaysia, Vivy Yusof dalam usaha menghargai martabat wanita di persada fesyen muslimah.

Kolaborasi antara Pengiran Anak Sarah dan tudung jenama Duck menghasilkan empat koleksi eksklusif The Royal Duck.

Semoga Pengiran Anak Muda Sarah terus menjadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Featured Thu, 30 Oct 2025

Anggun Berbusana Putih, Puteri Balqis Umum Sudah Bertunang

Aqish berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Itu Babak Saya, Dekat Set Tak Ada Rupa Orang Macam Tu…” – Mimi Lana Akui Meremang Bulu Roma, Entiti Misteri Muncul Dalam Filem Polong

Menurut Mimi, dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai kewujudan entiti menyeramkan itu sehingga ia mula diperkatakan orang ramai.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Hiburan Mon, 17 Nov 2025

‘Insaf’ Tonton Video Urus Jenazah, Tyra Kamaruzzaman Henti Pakai Pengilat Kuku & Eyelash Extension

Tyra Kamaruzzaman berkata keputusan untuk meninggalkannya dibuat serta-merta selepas menonton video berkenaan

error: Content is protected !!