Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 2, 2020 @ 3:44pm

Kerajaan Perlu Sekat Pelancong Perubatan Sehingga Covid-19 Pulih

Itu apa yang dicadangkan oleh Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UCSI, Profesor Dr Mustafa Ali Mohd berkenaan sekatan dicadangkan itu bukan untuk selama-lamanya namun sehingga pandemik yang melanda dunia ini pulih.

Menurutnya, Malaysia mengawal penularan wabak ini dengan baik sekali dan berharap agar masyarakat tidak leka dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Profesor Dr Mustafa Ali Mohd

” Malaysia mengawal Covid-19 dengan amat baik jadi kita tidak harus leka atau berpuas hati dengan melonggarkan SOP. Membiarkan pelancong masuk ke negara untuk tujuan perubatan bukan langkah bijak”

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 17 Ogos lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan laporan yang menyebut sekumpulan pelancong perubatan daripada Indonesia tiba di Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Namun, Presidennya, Mohideen Abdul Kader keputusan kerajaan negeri itu agak keterlaluan memandangkan Indonesia ketika ini melarang kemasukan pelancong asing ke negara itu berikutan jangkitan kes jangkitan di negara itu amat tinggi.

Isu Covid-19 adalah isu sejagat

Mustafa turut memaklumkan pihak pengamal dan penyedia servis perubatan di negara ini juga perlu memahami risiko keselamatan rakyat sekiranya perkara ini berlanjutan yang membuatkan negara terdedah dengan penularan virus itu.

“Kita faham kesan ekonomi yang melanda pengamal perubatan dan juga industri pelancongan tapi kita juga harus faham bahawa isu Covid-19 ini isu sejagat, yang membabitkan keselamatan negara.

” Jadi kepentingannya (keselamatan negara) mengatasi masalah ekonomi dan lain-lain masalah.” Katanya.


| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Fri, 22 May 2026

Azar Azmi Sebak Kembali Ke Set Penggambaran – “Saya Gemuruh & Takut”

Azar Azmi dilihat teruja selain mengakui gemuruh untuk kembali beraksi dikaca tv.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Trending Mon, 3 Aug 2020
familuv Wed, 15 Jun 2022
Featured Tue, 11 Jun 2019

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Banduan daripada Penjara Penor dan Penjara Bentong pastinya berbangga!

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
error: Content is protected !!