Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin January 8, 2018 @ 9:50am

Betul Atau Tidak, 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Handbag Wanita?

Jika anda seorang wanita, membawa beg tangan adalah menjadi aksesori yang penting kan? Mana tidaknya, nak bawa macam-macam barang tak kira nak pergi ke tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Kalau macam itu, dalam beg tangan anda mesti ada barang-barang ini. 

Betul atau tidak ini 10 barang yang wajib ada di dalam beg tangan anda? Atau ada apa-apa lagi yang kami terlepas pandang?

1. LIPSTICK

Barang wajib yang mesti ada dalam beg tangan wanita adalah lipstick. Kemana saja anda pergi, tak kira selepas makan, selepas tengok wayang ke mesti lepas tu nak ‘touch up’ balik bibir kan? Sebab itulah, wanita tak kira bila mereka bawa beg tangan yang besar atau beg tangan yang kecil, lipstick mesti akan menjadi kewajiban. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan wanita yang akan membawa semua alat solek yang diletakkan dalam satu ‘pencil box’ di dalam beg tangan! Gigih betul ni.

2. BEG DUIT

www.aliexpress.com

Di dalam beg tangan wanita, ada satu lagi jenis beg iaitu beg duit atau dompet. Beg duit wanita pula bukanlah kecil macam dompet lelaki. Tambahan pula, dalam beg duit itu macam-macam ada selain duit. Kalau tak bawa beg duit macam manalah nak berbelanja betul tak?

3. BUKU NOTA

www.lollipuff.com

Selalunya kalau ada buku nota dalam beg tangan, sudah semestinya wanita tersebut adalah wanita bekerjaya. Bukannya apa, kadang-kadang susah untuk dapatkan kertas apabila berada di luar pejabat atau rumah. Dengan adanya buku nota juga, mudah untuk anda mencatat perkara-perkara penting supaya tidak ketinggalan tarikh penting.

4. MAKANAN

www.pinterest.com

Ramai yang terkejut khususnya kaum lelaki bahawa makanan juga boleh didapati dalam beg tangan wanita. Tapi, bukanlah makanan berat macam nasi lemak dan nasi goreng tu, cuma makanan ringan sahaja. Makanan yang normal akan ada dalam beg tangan wanita adalah seperti coklat dan kekacang. Jadi, tak perlu lagi berlapar dalam saat-saat genting kerana makanan ini boleh dijadikan alas perut.

5. CONTACT LENS + SOLUTION

http://www.rd.com/

Khusus untuk mereka yang berkaca mata, tak semestinya sepanjang masa anda akan memakai kaca mata kan? Memakai kanta lekap atau ‘contact lens’ adalah solusinya. Jadi, buat mereka yang selalu memakai ‘contact lens’ ini, sudah semestinya anda akan bawa ‘solution’ di dalam beg juga untuk mengelakkan mata kering. Selalu kaum lelaki akan cakap “eh kenapa nak bawa semua barang ni?”, padahal mereka tak tahu bahawa kaum wanita ni selalu bersedia sebelum sesuatu berlaku.

6. TELEFON BIMBIT

www.bukalapak.com

Telefon bimbit sudah menjadi kemestian untuk dibawa oleh sesiapa sahaja. Ini juga menjadi barang wajib yang ada dalam beg tangan wanita. Kadang-kadang bukan sahaja satu telefon bimbit, ada yang sampai tiga telefon bimbit yang dibawanya! Nampak pelik tapi itulah hakikatnya. Mungkin setiap telefon tersebut berfungsi untuk kegunaan yang berbeza?

7. POWERBANK

pineng.com.my

Powerbank adalah antara ‘aksesori’ terkini yang boleh didapati dalam beg tangan wanita. Biasalah, apabila berada di luar rumah dalam tempoh yang lama dan merupakan pengguna aktif media sosial, cepat juga bateri telefon habis. Oleh itu, walaupun powerbank ini boleh tahan juga beratnya, wanita tetap akan bawa powerbank ini tak kira kemana sahaja mereka pergi.

8. TISU

kimberlyah.com

Bila cuaca panas, pergi restoran dan pergi tandas awam tapi tak ada tisu disediakan? Sebab itulah wanita selalu membawa tisu dalam beg tangan mereka. Kata orang, wanita yang selalu bawa tisu di dalam beg tangan ke mana sahaja ini adalah seoarang yang pembersih, betul ke? Buat wanita yang bukan termasuk dalam kategori yang selalu membawa tisu, boleh la mula sekarang kerana anda akan rasa seperti sentiasa ‘dipermudahkan’ selalu.

9. RESIT

www.freeimageslive.co.uk

Bukan sahaja dalam beg duit, malah dalam beg tangan juga, resit akan menjadi barang wajib ada. Kadang-kadang, bila malas nak keluarkan beg duit, baki duit dan resit tu dimasukkan sahaja dalam beg tangan terus. Lepas seminggu, bergunung resit bila dikeluarkan dari beg tangan wanita. Ada juga wanita yang selalu menyimpan resit ini supaya dapat dijadikan panduan perbelanjaan juga. Bagus betul!

10. KUNCI RUMAH

http://thespeaker.co/

Kunci rumah adalah benda wajib yang ada dalam beg tangan wanita. Bila wanita yang menyimpan kunci rumah dalam beg tangan, ambil masa jugalah untuk mencari kunci rumah tersebut di dalam beg. Apabila dah bermacam-macam barang ada dalam beg tangan, kunci rumah yang kecil ni pun susah untuk dicari. Bukan kunci rumah sahaja, kunci kereta, kunci bilik, kunci almari dan bermacam-macam kunci!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Kehamilan Di Luar Rahim Bahaya Untuk Wanita. Ini Antara Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda tahu kehamilan di luar rahim bahaya dan boleh menyebabkan kematian?

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Mahu Rasai Penginapan Mewah Seperti Bercuti Di Bali? Jom Ke Aman Rimba Janda Baik!

Terpegun dan terpesona, perasaan yang  terlahir jujur saat menjejakkan kaki di perkarangan Aman Rimba Private Estate, terletak di Janda Baik, yang mengambil masa cuma 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Featured Thu, 9 Aug 2018
Featured Tue, 17 Jan 2023

Mahu Lebih Memahami Wanita, Hun Haqeem Dedah Ingin Rasa ‘Period Pain’

Pelakon kacak, Hun Haqeem mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita. @y2kvd boyfriend material >> #hunhaqeem #malaysianactor #fyp ♬ Pano – Zack Tabudlo Menerusi perkongsian pengguna bernama @y2kvd di laman TikTok, Hun memberitahu […]

Featured Wed, 3 Jul 2019

10 pemain paling berharga dalam Piala Dunia FIFA Wanita

Bukan saja hebat di padang, tetapi penampilan juga menawan

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Wed, 12 Feb 2025

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Gaya Hidup Sat, 4 Aug 2018

5 Idea Cute Untuk Dekorasi Makanan Ini Pasti Akan Buat Anak Anda Happy

Ukiran dan hasil yang sangat comel ini pasti akan buat majlis anda bertambah happening!

Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

error: Content is protected !!