Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin January 8, 2018 @ 9:47am

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah cukup selesa.

http://www.mirror.co.uk/

Tapi, jangan terus terleka kerana apabila anda berada dalam usia 30an, kesihatan wanita tidak akan sama seperti ketika di usia remaja hingga hujung 20an. Potongan badan pun banyak dah “lari” tak seperti masa zaman dara dulu, tambahan yang mempunyai anak.

KENAPA JADI BEGINI?

Biasanya apabila masuk usia 30 hingga 39 tahun, kesihatan wanita mula menjadi terabai. Mereka lebih cenderung kepada kerjaya, rumah tangga dan anak-anak yang semakin membesar.

Secara saintifiknya, kesihatan wanita juga akan merosot kerana fungsi badan kita sudah menjadi kurang efisyen. Maka, kita perlulah sentiasa peka dengan perubahan ini. Samalah macam kereta, kena servis lebih kerap seiring dengan pertambahan usia.

UNTUK KEKALKAN KESIHATAN WANITA, JANGAN ABAIKAN 5 PERKARA BERIKUT!

http://uy.emedemujer.com/

1. OTOT BADAN

Kalau nak bandingkan otot-otot badan di usia 30-an memang lah tidak sehebat seperti zaman remaja dulu. Semua aktiviti nak cuba. Tapi sekarang, berjalan jauh sikit pun dah sesak nafas. Lagi satu, cepat benar terasa letih bila buat kerja-kerja berlebihan.
Alternatif: Latih diri untuk lakukan regangan badan setiap hari. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk menguatkan stamina.

2. PEMAKANAN

Kalau dulu, makanlah apa saja biarpun lewat malam sehingga 2-3 pagi, tak gemuk pun. Tapi sekarang, makan control masih juga badan macam dipam-pam! Perlu ingat, semakin usia meningkat, kadar metabolisme pula akan menurun. Ia antara sebab mengapa badan mudah menjadi “naik”.
Alternatif: Kurangkan makan makanan berproses seperti makanan dalam tin. Ambil makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan dan kekacang. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian.

3. KESUBURAN

Usia antara faktor utama penyumbang dalam kesuburan kaum wanita. Semakin naik usia, semakin susah untuk ‘melekat’. Itu yang biasa kita dengar sejak zaman dulu lagi.
Alternatif: Antara faktor kesuburan yang boleh dikawal ialah kesihatan tubuh badan dan pemakanan yang seimbang serta berkhasiat. Apa pun, bila bercakap tentang anak, sentiasalah percaya dengan ketentuanNya.

4. KEPERLUAN BERJUMPA DOKTOR

Selagi tak sakit yang berat, memang tiada lah nak berjumpa doktor. Paling-paling pun makan ubat sahaja. Selalunya, hanya ke klinik untuk rawatan anak-anak yang sakit.
Alternatif: Setiap 2 tahun, buat saringan kesihatan untuk pemeriksaan darah tinggi dan kolesterol. Ia penting kerana jika dapat dikesan awal, boleh menyelamatkan anda daripada penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

5. KULIT BADAN

Gabungan stress, diet yang tidak seimbang, dan hormon boleh menyebabkan kulit kurang berseri dan nampak kusam. Penggunaan pencuci muka dan losen badan yang tidak sesuai dengan usia juga menyebabkan kulit jadi kering.

Alternatif: Guna produk penjagaan diri yang sesuai dengan umur kerana ia membantu mengekalkan minyak semula jadi dalam badan. Amalkan juga petua-petua yang menggunakan bahan semulajadi sekali-sekala.

JADI…

www.hopkinsmedicine.org

Masih belum terlambat untuk anda, kaum wanita menumpukan kembali pada diri sendiri. Pandanglah diri anda sekarang dan bayangkan 10 tahun akan datang. Adakah anda mahu kekal jadi wanita yang anggun sama seperti di usia 20 an atau ditimpa dengan pelbagai masalah kesihatan pada hari-hari mendatang?

Pilihan di tangan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Jul 2018

Rumah Banyak Cicak? Ini DIY Perangkap Cicak Paling Berkesan Yang Anda Perlu Tahu

Guna bahan dapur saja untuk buat perangkap cicak. Awas ya cicak!

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!

Acara Thu, 25 Jul 2019
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Rasa Sakit Ketika Kencing? Ini Tip Untuk Elak Daripada Masalah Kencing Kotor

Wanita merupakan golongan yang berisiko tinggi terkena jangkitan kuman di saluran kencing atau istilah lainnya kencing kotor.

Gaya Hidup Tue, 2 Jul 2019

Bosan bersenam berseorangan?

Tidak kiralah bersama Encik Suami atau ‘BFF’, aktiviti senaman anda pasti lebih menyeronokkan.

Gaya Hidup Thu, 18 Oct 2018

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Featured Fri, 13 Dec 2019
Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
error: Content is protected !!