Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 1, 2018 @ 12:05pm

Hijab vs. Turban

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penyanyi Crush, Yuna, telah membawa evolusi stail turban dalam kalangan Muslimah Malaysia. Hijabster kini lebih terbuka untuk menggayakan turban sebagai alternatif tampil berbeza berbanding gaya yang telah dicuba sebelum ini. Tapi bagaimana mengenalpasti kalau turban atau shawl paling bertepatan dengan identity look anda?

Hijab

Daripada tudung bawal, shawl, tudung instant hingga semi instant, semuanya tergolong dalam kategori hijab. Hijab diyakini bertepatan dengan ajaran Islam di samping praktikaliti tudung jenis ini yang mudah digayakan selain mempunyai banyak gaya yang  boleh disesuaikan dengan gaya seharian. Sehelai tudung sahaja jika diikat dengan gaya berbeza, boleh menghasilkan puluhan gaya berlainan bergantung kehendak dan keperluan si pemakai.

Mira Filzah antara artis yang dilihat bijak menggayakan shawl kegemaran.

Dalam erti kata mudah, hijab adalah cara menutup aurat bagi mereka yang lebih konvensional dan ‘selamat’ kerana majoriti Muslimah memilih hijab. Risiko untuk kelihatan canggung atau tidak kena gaya akan sekaligus diminimumkan.

Turban

Turban yang fashionable adalah jawapan bagi wanita yang ingin melindungi rambutnya daripada terlihat.  Dalam masa sama kekal stylish dan menjadi alternatif bagi hijab konvensional. Mulanya selalu dikaitkan sebagai aksesori lelaki, turban hari ini menjadi pilihan wanita seluruh dunia tampil sopan bergaya.

“Cara baru memakai hijab ini jadi fenomena global. Turban adalah cara untuk kelihatan Muslim dalam erti kata lebih berfesyen,” kata George Lezley, profesor fesyen University of Herriot Watt, Dubai.

Variasi gaya yang boleh dipelbagaikan turban membuatkan ramai wanita menggemari trend ini. Apa yang lebih membikin keterujaan adalah, bagaimana turban boleh disesuaikan mengikut cara sendiri dan stail peribadi.

Yuna merupakan artis Malaysia yang mencetuskan trend turban yang menjadi ikutan ramai hijabista

Sara Adel, seorang blogger fesyen pula berpendapat, turban memberi satu pilihan lain kepada Muslimah berhijab, terutamanya di tempat beriklim panas.

“Ketika cuaca panas, saya pilih untuk memakai turban bagi sesi penggambaran. Lega betul boleh pakai macam ni ketika panas-panas ni,” ujar Sara.

Turban juga jadi pilihan kerana ianya praktikal dan juga chic. Berbanding hijab, turban lebih menyeronokkan dan tidak terikat dengan satu cara ikatan yang membosankan. Meskipun dilihat ‘kurang patuh syariah’ kerana menampakkan leher, trik memakai turtle neck boleh membantu  membuatkan turban lebih sopan dan tertutup.

Hijab atau turban? It’s your call, lagipun hanya anda yang benar-benar mengenali karektor diri!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

MARA bantu usahawan fesyen ALIKE 2020

Semua pereka berbakat, miliki idea hebat!

Oh Lawa Fri, 30 Nov 2018

Selena Gomez Lancarkan Koleksi Pertamanya Untuk Puma Demi Menyokong Wanita Berjiwa Kental

Dia ingin wanita rasa kuat tapi cantik apabila memakai koleksinya.

Featured Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 25 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Suntikan retro ‘dihidupkan’ kembali sebagai ‘DNA’ rekaan fesyen 2019

Baju jala kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!

Oh Lawa Mon, 21 Oct 2019

Adidas buka butik kanak-kanak pertama di dunia

Pelbagai rekaan disediakan dari bayi hingga remaja

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018

Fesyen Infiniti Tiada Batasan Meriahkan Karpet Merah ABPBH 31

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan dengan evolusi BH.

Oh Lawa Tue, 14 May 2019
Featured Sun, 4 Aug 2019

Tip bergaya buat mereka yang ‘plus size,’ memang cun habis!

Tiada lagi alasan untuk tidak cantik selepas ini

error: Content is protected !!