Featured By: tex_admin March 8, 2018 @ 1:03pm

Dilantik Wanita Pertama Pegawai Memerintah Kapal, Aida Dedikasi Kejayaan Buat Ibu tercinta

Pencapaian kaum wanita pada hari ini dalam pelbagai bidang kerjaya memang tidak dapat lagi diragui malah ada yang berupaya menandingi kaum lelaki. Itu yang dibuktikan oleh Leftenan Maritim, Aida Arzahari yang mencatat sejarah apabila dilantik  menjadi wanita pertama negara sebagai Pegawai Memerintah Kapal.

Aida yang berumur 35 tahun ini berjaya menerusi legasi arwah bapanya yang pernah berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara. Hebat kan?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/389059/aida-cipta-sejarah-wanita-pertama-pegawai-memerintah

Aida dilantik sebagai Pegawai Memerintah KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS). 

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, kejayaan adalah hasil dorongan daripada ibunya yang tidak pernah jemu memujuk Aida untuk menyertai Maritim Malaysia.

“Ayah saya anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan memang saya amat rapat dengan ayah. Sebagai anak sulung, ibu mahu saya mengikut jejak langkah ayah. Saya sememangnya menyimpan impian bergelar pegawai memerintah, namun tidak sangka ia secepat ini.”

Aida telah menyertai Maritim Malaysia pada 23 April 2012 sebagai pegawai pelatih dan pernah berkhidmat di Kota Kinabalu, Sabah. Menurutnya, pesanan arwah bapanya mahu beliau menjaga keluarga dan menjadi yang terbaik antara yang terbaik menjadi pemangkin semangat setiap kali berasa putus asa.

Kejayaan Aida ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk wanita di luar sana. Buktikan wanita juga boleh melakukan apa jua perkara yang diidamkan sehingga berjaya. Buktikan bahawa wanita juga mampu menggenggam dunia!

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Featured Mon, 20 Apr 2020
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023