Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 15, 2018 @ 11:20am

Taylor Swift Dituduh Meniru Iklan Minyak Wangi Untuk Video Muzik Terbarunya. Tengok Sendiri Persamaannya!

Setiap kali Taylor Swift ingin mengeluarkan music video, peminatnya mesti ternanti-nanti kerana penyanyi tersebut memang tahu bagaimana nak menghibur.

Dan sekali lagi dia membuktikan yang dia tak pernah putus untuk menyediakan sesuatu yang menarik, melalui video muzik untuk single terbarunya Delicate.

Memang unik dan kelakar! Anda dah tengok ke belum?

Dalam video tu, Taylor berlakon seperti dirinya invisible dan dia menari di sekeliling orang ramai di dalam sebuah hotel dan di atas jalan raya.

Dengan mimik mukanya yang pelik dan aksi-aksi yang luar tabiat, Taylor betul-betul macam tak kisah jika dia dilihat seperti orang gila.

Walau bagaimanapun, sejak video itu dikeluarkan pada hari Isnin lalu, ada ramai Netizen berkata, mereka macam pernah tengok adegan-adegannya sebelum ni.

Lama-lama baru mereka perasan yang video ni serupa sangat macam iklan perfume Kenzo World yang dikeluarkan oleh jenama fesyen Kenzo pada tahun 2016!

Iklan tu menunjukkan seorang wanita (dilakonkan oleh Margaret Qualley) yang menari secara gila-gila dan membuat mimik muka pelik ketika dia berseorangan di sebuah hotel.

Memang ada terlalu banyak persamaan sampai penonton-penontonnya tak boleh nak ignore. Tak percaya? Cuba tengok sendiri.

Pengguna Twitter @wtfcylon berkata: “Video Taylor Swift ni adalah seperti versi murahan iklan Kenzo tu”.

@beyonka_fierce memanggil Taylor seorang “copycat” sementara @vivzahoy pula berpendapat, mungkin Taylor ingin “memberi penghormatan” kepada iklan Kenzo tu dengan menggunakan elemen-elemen yang serupa.

Entahlah. Apa pendapat anda? Taylor meniru ataupun ini persamaan tak sengaja?

Sumber: Buzzfeed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Sep 2021
Hiburan Wed, 15 May 2024
Featured Mon, 23 Feb 2026

“Moga Usaha Ini Ringankan Beban Mereka”- Anzalna Nasir Nekad Turun Padang Hulur Bantuan, Tersentuh Nasib Golongan Kurang Mampu 

Anzalna Nasir yang tersentuh setiap kali mengingat nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya ketika berbuka puasa.

Featured Fri, 25 Feb 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Teruk betul komen komen yang Puteri Balqis terima, tapi setiap jawapan dibalas padu penuh sarkastik! Yang berani komen macam macam tu, jangan nangis tepi bucu katil sudahh la ya 🤭

error: Content is protected !!