Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 19, 2018 @ 2:48pm

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Bab-bab syampu rambut ni, orang putih selalu kata lather, rinse and repeat. Gosok sampai berbuih, bilas dan ulang. Tapi “ulang” itu berapa kali seminggu, sebenarnya?

Foto: vkool.com

Rambut anda berminyak apabila sebum telah terkumpul di kulit kepala. Sebum ini sebenarnya elok kerana ia mengelakkan kulit kepala anda daripada terlalu kering.

Tapi kalau sebum yang terkumpul tu dibiarkan sampai berlebihan, kotoran pula akan melekat. Di sinilah di mana syampu memainkan peranannya. 

Kalau anda kerap sangat pula bersyampu, kulit kepala anda akan bertindak dengan mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Itulah sebabnya anda perlu tahu berapa kerap anda perlu menggunakan syampu. Ia semuanya bergantung kepada style dan jenis rambut anda.

Nipis atau tebal?

Foto: PhotoMediaGroup/Shutterstock

Selalunya kebanyakan orang akan cuci rambut mereka dua kali seminggu, ataupun bila mereka rasa rambut mereka perlu dicuci.

Rambut yang halus dan lurus membolehkan minyak untuk terkumpul dengan cepat. Sebaliknya, rambut yang tebal dan kerinting selalunya akan cepat kering kerana susah bagi sebum untuk sampai ke akar rambut.

Inilah sebabnya stail rambut yang seperti afro akan cepat hilang kelembapan setelah dicuci.

Oleh sebab itu, rambut halus dan lurus perlu dicuci lebih kerap manakala rambut kerinting dan kasar hanya perlu dicuci setiap 3 hari supaya ia tidak kering dan bercabang.

Kalau anda mempunyai rambut yang tebal, panjang dan kerinting dan selalunya memerlukan masa yang lama untuk blow-dry, cuci sekali seminggu pun cukup.

Perapi pun tak boleh terlalu kerap!

Foto: Pixland/Getty Images

Sementara itu, ada seorang lagi hairstylist yang beritahu bahawa conditioner tak perlu digunakan setiap kali anda mencuci rambut dengan syampu.

Hairstylist ini mengesyorkan supaya orang yang berambut lurus untuk cuci rambut mereka setiap hari tapi hanya gunakan conditioner setiap 4 atau 5 hari.

Orang yang berambut lebat pula perlu cuci 3 kali seminggu dan gunakan conditioner sekali-sekala bila rambut mereka terasa kering, tapi tak lebih dari dua kali seminggu.

Sumber: Independent.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Gadis ini tiru gaya Neelofa dengan helaian bundle sepenuhnya!

Berbelanja secara bajet pun boleh kelihatan seperti Neelofa.

Featured Mon, 22 Jun 2020

Merkuri dikesan dalam 3 produk penjagaan kecantikan buatan tempatan

Pengguna boleh alami kerosakan buah pinggang

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Jom amalkan budaya kecantikan secara organik! 

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Oh Lawa Fri, 31 May 2019

10 panduan supaya solekan Hari Raya anda tahan lebih lama

Insya-Allah solekan anda akan berkekalan.

Featured Wed, 8 Aug 2018

Adakah Evolusi Fesyen Muslimah Sekarang Selari Dengan Konsep Islam?

Jangan terlalu obses dengan trend hingga melanggar peraturan dalam Islam.

Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

error: Content is protected !!