Euforia Bola 2026
Parenting By: Ad Ops April 9, 2018 @ 12:40pm

Tengok Anak-Anak Angelina Jolie Dan Brad Pitt Membesar Dalam 16 Gambar Sweet Ini

Ketika mereka masih lagi bersama, Angelina Jolie dan Brad Pitt telah membina sebuah keluarga yang nampaknya bahagia bersama anak-anak mereka.

Sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, Angelina sudah mempunyai 3 anak angkat.

Maddox Chivan, yang kini berumur 16 tahun, berasal dari Kemboja dan diambil sebagai anak angkat pada tahun 2002. Zahara Marley, 13, berasal dari Ethiopia dan menjadi anak angkat Angelina pada tahun 2005; manakala Pax Thien, 14, pula berasal dari Vietnam dan diambil sebagai anak angkat pada tahun 2007.

Setahun sebelum itu, Angelina telah melahirkan anak pertamanya bersama Brad, iaitu Shiloh Nouvel, di Swakopmund.

Pada tahun 2008 pula, Angelina juga telah melahirkan sepasang kembar, Knox Léon dan Vivienne Marcheline.

Saban tahun, hubungan kasih sayang dalam keluarga Jolie-Pitt ini nampaknya tak pernah luntur. Gambar-gambar mereka anak beranak nampak sweet sangat, dari mereka kecil lagi sampai sekarang. 

Ia juga menunjukkan betapa baik hatinya Angelina sebagai seorang ibu, tak kiralah terhadap anak kandungnya mahupun anak angkat. Jom tengok!

Foto: Getty / Franco Origlia

Angelina telah membawa Maddox bersamanya ke Venice Film Festival pada tahun 2004.

Foto: Getty / James Quinton

Maddox juga mengikut ibunya ke majlis Eden Project di Cornwall pada tahun 2005. Comelnya!

Foto: Getty / Kevin Winter

Maddox, Brad dan Angelina telah menghadiri majlis tayangan perdana untuk filem Invictus pada tahun 2009.

Foto: Getty / Dave M. Benett

Angelina, Maddox dan Pax memberi sokongan kepada Brad dengan menghadiri majlis tayangan perdana filem Brad iaitu World War Z pada tahun 2013.

Foto: Getty / Jon Kopaloff

Keluarga ini nampak smart ketika menghadiri majlis Governor’s Awards pada tahun yang sama.

Foto: Getty / Kevin Winter

Sweetnya! Zahara dan Shiloh memeluk erat ibu mereka di Teen Choice Awards pada tahun 2015.

Foto: Vogue / Annie Leibovitz

Wah, gembiranya mereka! Angelina, Knox, Shiloh, Zahara dan Vivienne berlari-larian di pantai sewaktu mengadakan photoshoot untuk majalah Vogue pada tahun 2015.

Foto: Vogue / Annie Leibovitz

Ini satu lagi gambar untuk majalah Vogue. Kali ini, mereka nampak cool dan bergaya. 

Foto: Getty / Tang Chhin Sothy

Anak Angelina, (dari kiri) Pax, Maddox, Zahara dan Shiloh, dah besar panjang. Gambar ini ditangkap pada bulan Februari tahun lepas di majlis premiere untuk filem Angelina, First They Killed My Father di Kemboja.

Foto: Getty / Paul Best

Kali ini, keenam-enam anaknya ada bersama ketika Angelina menghadiri majlis Telluride Film Festival pada bulan September pada tahun yang sama.

Foto; Getty / J. Merritt

Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox mengikut ibu mereka untuk menghadiri Toronto Filem Festival 2017.

Foto: Getty / J. Merritt

Wah, segaknya Pax! Angelina, Maddox dan Pax menyambut majlis tayangan perdana filem First They Killed My Father di Toronto Film Festival 2017. Angelina telah mengarah filem tersebut, Maddox adalah penerbit eksekutif manakala Pax bekerja sebagai jurugambar di set.

Foto: Getty / James Devaney

Ini gambar mereka lagi, ketika mempromosikan filem yang sama.

Foto: Getty / Neilson Barnard

 

Kali ini, Angelina ada “Girls’ Night Out” pula bersama anak-anak perempuannya Shiloh dan Zahara di majlis tayangan perdana filem The Breadwinner pada bulan Oktober tahun lepas.

Foto: Getty / Steve Granitz

Pada bulan Januari tahun ini, Pax menjadi “date” ibunya di acara anugerah Golden Globe Awards di Los Angeles.

Foto: Getty / Marc Piasecki

Pada bulan yang sama, Angelina membawa kesemua enam anaknya ke Louvre di Paris. Vivienne nampaknya masih lagi manja, manakala yang lain dah besar panjang.

Rasanya, walaupun Brad Pitt kurang berjumpa dengan mereka, anak-anak Angelina boleh kekal bahagia di samping ibu mereka yang penyayang.

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Mon, 30 Apr 2018

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Parenting Thu, 19 Apr 2018

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Belajar mengira di atas kertas lama-lama boleh membosankan, jadi anda perlu cari idea lain supaya anak terus minat belajar.

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Parenting Mon, 16 Apr 2018

Tawar Produk Makanan Berkhasiat Untuk Bayi. SquEEEze Me Baby Mudahkan Tugas Ibu

SquEEEze Me Baby ada menyediakan produk makanan bayi yang berkhasiat untuk anak anda daripada umur 6 hingga 12 bulan!

Parenting Tue, 17 Apr 2018

4 Cara Untuk Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak Kesayangan Anda

Anak perlu memiliki sistem penghadaman yang sihat bagi memastikan badan mereka bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak dengan nutrien yang diperlukan.

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Thu, 26 Mar 2020
error: Content is protected !!