Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 9, 2018 @ 2:34pm

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Kalau anda melancong ke Tokyo, rugi kalau tak singgah ke Disneyland. Memang kena pergi!

Yang tak syoknya, taman tema itu tak menyediakan pilihan makanan halal untuk pengunjung-pengunjung Muslim.

Lainlah kalau anda pandai-pandai bawa makanan sendiri (lecehnya!) atau pilih makanan vegetarian di gerai-gerai makanan yang ada.

Jangan risau! Kini ada servis food delivery oleh Japan Halal Kitchen yang boleh dihantar terus ke Disneyland untuk para pelanggan.

Restoran ini mempunyai dapur yang disahkan halal, dan ia menawarkan bento, iaitu nasi putih dan lauk yang dihidangkan dalam bekas makanan. Ia sama saja seperti nasi bungkus tapi makanan tersebut dihidangkan dalam kotak plastik. 

Foto: Japan jaha bento ジャハ

Lauk-lauk yang disediakan pun menarik! Ada masakan asli Melayu seperti Malaysian Satay dan Beef Rendang. Selain itu, ada juga menu Grilled Salmon With Prawn, Teriyaki Beef dan Kaarage Chicken.

Yang menariknya, bento ini datang dengan fungsi yang membolehkan ia perhangat sendiri. Apa yang anda perlu buat ialah cuma tarik sehelai tali yang melekat pada bekas bento itu dan tunggu 5 minit. Lepas itu, makanan anda gerenti akan panas. Tapi buat masa sekarang, hanya sesetengah jenis bento saja yang ada fungsi ini.

Foto: Japan jaha bento ジャハ

Anda boleh makan bento anda di mana-mana dalam taman tema Disneyland ini, ataupun di tempat khas untuk berkelah yang disediakan. Kalau ada pekerja yang tanya, cakap saja anda perlu makan makanan tersebut disebabkan diet anda.

Sebekas bento berharga di antara ¥780 ke ¥1580 dan anda boleh request untuk ia dihantar ke mana-mana saja di Tokyo. Kos penghantaran ke Tokyo berharga ¥500 (flat rate) manakala ke Disneyland pula harganya ¥1000.

Untuk membuat tempahan, hantarkan mesej di laman Facebook mereka ataupun hantarkan email ke [email protected].

Jadi, lepas ini tak perlulah anda gusar lagi ketika bersuka ria di Disneyland Tokyo, ataupun berlapar. 

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah.

Featured Fri, 30 Dec 2022

2022 Tahun Penuh Erti, Hana Ismail Suntik Semangat Netizen Untuk Kekal Positif

Pengacara Hana Ismail menyuntik semangat netizen untuk kekal positif biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan pada tahun 2022. @hanaalmauzah_Episod 3 | TERIMA KASIH KENANGAN ✨♬ original sound – Hana ismail Menerusi perkongsian di laman TikTok, Hana […]

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018

Kedai Buku 24 Jam Di Cyberjaya, Port Terbaik Buat Si Ulat Buku Yang Insomnia

Lebih 500,000 buah buku pelbagai genre boleh didapati pada harga potongan di antara 50 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

7 Tips Supaya Suami Sentiasa Rindukan Isteri. Anda Wajib Amalkan!

Sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak!

error: Content is protected !!