Euforia Bola 2026
Parenting By: Yanie Baharom April 9, 2018 @ 8:31pm

Dinobat Si Cilik Meletop, Hadiah Ulang Tahun Pertama Paling Indah Buat Pipi Pao!

Melemparkan senyuman manis, Arif Jiwa Asyraf, yang baru saja meraikan ulang tahun pertamanya pada 31 Mac lalu, seakan mengerti kemenangannya semalam di Anugerah Melatop Era 2018 menerusi kategori Si Cilik Meletop.

Berlangsung di Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, Arif mengenepikan saingan lain iaitu Lara Alana, Aishah Dhiarana, Yusuf Iskandar dan Syeriv Samheizy, juga anak kepada selebriti popular yang sebahagian daripadanya mempunyai jumlah pengikut di laman sosial Instagram melebihi satu juta.

Kecomelan pipi pao (pipi pau), keceriaan dan kebijaksanaan Arif yang juga cucu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, sememangnya memikat ramai pengikutnya selain menjadi kesayangan UncleOnty (uncle dan aunty).

Difahamkan, Arif menduduki di tangga kedua selepas Khai Bahar menerima pengiktirafan Top Top Meletop iaitu anugerah tertinggi di acara berkenaan.

Seperti yang dikongsikan oleh bapa kanak-kanak adorable itu, Asyraf Khalid, di kapsyen Instagramnya, anaknya berada di tempat kedua dalam pencalonan anugerah Top Top Meletop.

Foto: Instagram teamarifjiwa

“Congratulations mommy @tyaarifinnw & @arifjiwaasyraf ! I just found out from people from meletop, Arif is 2nd Highest after Khai Bahar, so he was so close to winning Top Top Meletop! He could’ve been the youngest ever winner to get that award!

“Anyways, thank you to everyone who has been supporting Arif. As a family, it gives a great pleasure to join @meletop and do our best to win. What i hope to achieve from this is, my son, Arif learns that, whatever we do, we must do our best!,” kata Asyraf menerusi coretan Instagramnya.

Arif merupakan cahaya mata pertama pelakon Tya Ariffin dan suami, Asyraf Khalid yang mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu. 

Sebelum menjelang acara gilang-gemilang itu, ramai artis selebriti tempatan dan rakan seperjuangan ibunya di Indonesia telah memberikan ucapan maju jaya buat Arif. Antaranya Afgan, Cita Citata, Neelofa dan ramai lagi

Bercakap mengenai ulang tahun pertamanya yang lalu, ramai yang memuji tindakan ibu bapa Arif yang memilih untuk meraikan sambutan hari jadinya bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik.

Foto: Instagram Arif Jiwa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Parenting Fri, 30 Mar 2018

7 Tips Untuk Pastikan Anak Selamat Ketika Di Rumah

Kemalangan ketika di rumah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada di luar mahupun dalam rumah.

Parenting Wed, 4 Apr 2018

Anak Kerap Demam Malam, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ibu antara orang yang paling risau apabila anak demam, lagi-lagi demam secara tiba-tiba pada waktu malam. Mesti tak tidur malam dibuatnya!

Parenting Thu, 25 Jan 2018

Tip Ajar Anak Makan Sayur

Satu dilema di kalangan ibu bapa ialah, susah hendak memujuk anak-anak supaya makan sayur-sayuran. Setiap kali ada sahaja alasan mengelak yang diberikan oleh anak-anak apabila disuruh makan sayur. Tak sedap, rasa nak muntah, pahit dan macam-mcam lagi alasan klise. Jadi, bagaimana cara untuk memujuk anak-anak supaya menikmati makanan berkhasiat ini?

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Mon, 19 Sep 2022
Parenting Mon, 16 Apr 2018

Perhatian Untuk Si Ibu, Jangan Biarkan Anak Kecil Bermain Alat Solek Kepunyaan Anda

Bermain alat solek tidak salah tetapi hindarkan anak anda daripada menggunakan alat solek orang dewasa dan sebaiknya membeli set makeup khas untuk kanak-kanak. Ini kerana golongan itu mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.

error: Content is protected !!