Featured By: Yanie Baharom April 11, 2018 @ 1:26pm

Amboi Ligat Shopping Raya Nampak! Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

Kurang lebih sebulan saja lagi kita bakal menyambut Ramadhan dan bulan Mac dalam takwim Islam pula bererti kita sudah me­langkah ke penghujung Rejab 1439 Hijrah.

Jika mengikut kronologinya, dan memang itulah aturan yang mengikut tabii, kita akan menempuh bulan puasa terlebih dahulu iaitu mulai sekitar 17 Mei. Selepas sebulan barulah berhari raya.

Tetapi agak pelik, ramai di kalangan umat Islam sekarang sudah mula membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya. Sedangkan yang akan muncul terlebih dahulu ialah bulan puasa.

Paling teratas dalam senarai persediaan awal untuk menyambut 1 Syawal itu tentulah tempahan membuat baju raya.

Sejak awal tahun ramai yang sudah kalut mengunjungi kedai jahit dan butik. Alasannya tidak mahu menunggu saat-saat akhir. Takut tukang jahit enggan menerima tempahan. 

Namun itulah hakikat yang berlaku. Ada sesetengahnya sejak Januari lagi sudah membuat persediaan untuk pakai­an Hari Raya. Awal-awal lagi merancang untuk tampil sedondon suami-isteri.

Foto: astroawani.com

Yang baru menimang cahaya mata dan tahun pertama menyambut Aidilfitri bertiga pula usah ceritalah, sudah dicari dua tiga persalinan sedondon sejak awal-awal tahun dan tidak mustahil since penghujung tahun lalu.

Kalau tahun lepas warna hijau rimba, tahun ini pula Ultra Violet, menjadi rona pilihan. Tambah pula, mengikut ramalan ikon fesyen antarabangsa, Ultra Violet is the color of 2018. Kenalah ikut trend.

Kecenderungan gedung-gedung tekstil di negara kita mengadakan jualan murah mega sepanjang tahun turut menyumbang kepada ke­ghairahan orang kita membeli-belah atas alasan untuk persiapan Hari Raya. Walau hakikatnya anak bulan Ramadan pun lambat lagi hendak menjelma.

Dalam hal ini sebenarnya sikap orang kita yang gemar membuat persiapan awal itu tidak salah.

Tidaklah di saat-saat akhir, gaji hujung bulan menjelang Syawal, barulah sibuk hendak membeli itu ini. Hendak menempah baju tidak sempat, maka terpaksa membeli baju siap. Nama pun baju siap, saiz dan ukurannya kadangkala sukar dijangka, nasib baik muat cukup-cukup, adakalanya panjang di tangan, kaki seluar atau kain.

Sebab itu, memang elok sangat kalau ada perancangan awal agar bajet rumah tangga dan bajet khas menyambut hari raya boleh diatur cantik.

Foto: iluminasi.com

Cuma yang tak eloknya, sikap kita itu berpilih. Ke­ghairahan kita membuat perancangan awal bukan untuk semua perkara, bahkan kadang-kala terhad untuk benda-benda yang tidak patut diawalkan sangat pun.

Kita beria-iya membuat persiapan Hari Raya lima bulan lebih awal, tetapi tidak pula beria-ia mengatur persediaan menyambut puasa?

Jika baju raya sudah ditempah, bagaimana pula dengan puasa, sudahkah berganti? Jangan-jangan ada yang puasa dua tahun lepas pun masih berhutang lagi. Hanya sempat membayar fidyah sedangkan jumlah hutang puasa masih belum luak atau masih berbaki.

Tidak mustahil ada yang terkulat-kulat kerana baru teringat yang puasa belum habis berganti selepas melihat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan melihat anak bulan Ramadan.

Kalau kita bijak merancang bajet persiapan hari raya, seelok-eloknya biarlah bijak juga mengatur hari untuk melunaskan hutang puasa.

Kepada yang sudah membayar hutang puasa, syabas! Tetapi kepada yang masih berhutang, marilah kita sama-sama semak dan muhasabah diri, betulkah cara kita meletakkan keutamaan atau priority?

Bukan hanya dalam membayar hutang puasa, tetapi hutang yang lain-lain juga.

Foto: doamustajablengkap.blogspot.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati. @kittymeow656 Assalamualaikum.. #dakwah #islam #ustazahasmaharun #sahabat #allah #subhanallah #alhamdulillah #foryou #sahabatsejati #fyp ♬ original sound – Lina 442 […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan […]

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui DSV Ibu Yang Luar Biasa, Cik B Luah Bapa Tidak Pernah Endah Buat Netizen Sebak – “ Sekurangnya Awak Ada…”

Kesian kat Cik B tapi apa pun Cik B sangat bertuah ada ibu yang sangat ‘cool’

Featured Wed, 10 Jan 2024

“Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

Alahai, main curi duit ni yang tak best! Bahagia kat dunia je, kat akhirat nanti merangkak💥💥💥

Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Thu, 24 Aug 2023