Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 11, 2018 @ 1:51pm

Buntu Dengan Warna Tema Raya Tahun Ini? Ultra Violet Pasti Mengancam

Rasanya semua sedia maklum bahawa Ultra Voilet telah menjadi warna bagi 2018.

Menerusi kajian Pantone, sebuah perusahaan panduan warna dunia, Ultra Voilet membawa pengertian “harapan dan optimisme” yakni dapat memberi semangat baru di tengah kekalutan dunia yang dicemari pelbagai agenda dan propaganda.

Mungkin warna ini juga bakal menjadi pilihan anda bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Memang menarik jika digayakan sedondon bersama pasangan mahupun ahli keluarga kerana warna ungu gelap ini cukup statement dan menyerlah.

foto: androgmagazine.com

Menurut Leatrice Eiseman iaitu Pengarah Eksekutif Pantone Color Institute, ungu ultra violet mencerminkan “keaslian, kemurnian dan pemikiran penuh visi”.

“Warna ini juga paling kompleks berbanding banyak warna karena memerlukan gabungan dua warna yang saling bertentangan iaitu merah dan biru, untuk mencipta warna baru iaitu ungu,” katanya.

Pemilihan ultra violet sebagai warna 2018 juga berkait rapat kontroversi dunia sejagat kebelakangan ini seperti situasi politik global yang kian panas dan bencana alam yang menggugat kehidupan manusia. Jadi memang penting untuk kita pilih satu warna yang dapat mengembalikan harapan dan berikan motivasi.

Foto: pinterest.com

Jelas sekali, warna ini kerap jadi pilihan berbagai individu, gerakan dan organisasi untuk menyuarakan visi dan misi positifnya.

Antaranya kempen menentang penindasan dan keganasan terhadap wanita, kempen kesetaraan hak setiap kaum sehinggalah mempromosikan kasih dan persahabatan (seperti dalam lagu ‘Purple Rain‘ milik Prince).

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Ungu ultra violet sebenarnya sudah dapat dijangka dari karya sejumlah pereka fesyen terkenal dunia untuk koleksi Spring-Summer 2018 mereka di sekitar bulan September tahun lepas lagi. Moschino, Balenciaga, Gucci dan Valentino, memilih warna ini untuk peragaan busana mewah mereka.

Warna yang sama turut menjadi pilihan Stella McCartney dan Dior sebagai teras untuk koleksi aksesori seperti tas dan sepatu bagi tahun ini.

Foto: stylestories.ebay.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Pereka terkenal Kem Salleh pilih inner tudung
dengan pembuatan berteknologi sebagai modul perniagaannya.

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Jom amalkan budaya kecantikan secara organik! 

Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

Salah satu kesilapannya adalah menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

8 Kesalahan Fesyen Mesti Elak

Ada jurang yang memisahkan antara fashionista dengan fashion crime atau jenayah fesyen. Jenayah fesyen membuat kesalahan fesyen dalam usaha menjadi fashionista, ironi kan? Tapi apa itu kesalahan fesyen? Kami senaraikan 8 daripadanya: 1) Fashion statement […]

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Oh Lawa Tue, 1 Oct 2019

Safi Beautea dengan 100 peratus ekstrak teh premium

Keluaran terbaru Safi yang dapat melindungi kulit anda!

Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
error: Content is protected !!