Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 11, 2018 @ 3:21pm

Ayam Kampung Publika Gerenti Bikin Anda Jilat Jari, Tak Percaya Cubalah!

Dalam banyak-banyak daging, daging yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah semestinya daging ayam. Ini kerana daging ayam merupakan satu-satunya daging yang boleh dimakan oleh semua bangsa tanpa rasa ragu-ragu. Tetapi ia perlu disembelih dengan cara yang betul! Pelbagai resepi masakan ayam yang boleh kita cuba dan ia pasti menyelerakan.

Seperti yang kita ketahui terdapat dua jenis ayam yang biasa dimakan iaitu ayam biasa dan ayam kampung. Kalau anda nak tahu, terdapat perbezaan dalam khasiat dan rasanya tau!

Sebenarnya ayam kampung lebih berkhasiat kerana ia kurang berlemak. Sedap pula tu daripada ayam biasa! Tapi dagingnya lebih liat sedikit berbanding ayam biasa. 

Ayam kampung memang sukar untuk dicari kerana tidak semua pasaraya ada menjualnya. Bagi penggemar ayam kampung, ada berita baik untuk anda!

Restoran Ayam Kampung Publika adalah antara restoran-restoran  yang menghidangkan ayam kampung goreng original yang boleh anda nikmati bersama lauk-pauk yang lain.

Selain itu, restoran yang terletak di Damansara Perdana (bukan di Solaris Dutamas ya!) ini menyediakan pelbagai variasi makanan ala Sumatera dan Kelantan.

Jom kita tengok antara makanan yang terdapat di restoran ini.

Ayam kampung goreng

Gulai telur itik

Gulai ayam kampung

Ketam sambal

Sup tulang

Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun!

Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman yang pasti akan membuka selera anda. Bukan itu sahaja, harga makanan yang dijual juga sangat berpatutan dan anda tidak akan menyesal sekiranya mencuba masakan mereka. 

Jadi apa lagi? Jom ramai-ramai makan di restoran ini bagi merasai sendiri keenakan masakannya.

Restoran ini beroperasi bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 4 petang. Selamat mencuba!

Alamat:

Ayam Kampung Publika,

22 Jalan PJU 8/3,

Perdana Business Centre,

47800 Petaling Jaya, Selangor,

Sumber: Instagram Ayam Kampung Publika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Jun 2018
Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

This man creates mini works of art using fried eggs!

Well, when the inspiration hits you, you just can’t stop!

Featured Tue, 13 Mar 2018

Resepi Mudah Chocolate Mug Cake. Siap Dalam Masa 2 Minit!

Anda penggemar kek coklat tetapi tidak tahu cara nak buat? Kami akan kongsikan resepi paling cepat dan mudah untuk anda lakukan di rumah.

Featured Mon, 9 Mar 2020
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Elak Jadi Mangsa Jenayah! Semua Wanita Wajib Belajar 7 Aksi Pertahankan Diri Ini

Persepsi wanita itu ‘lemah’  sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya yang menggugat keselamatan diri harus dikikis!

Gaya Hidup Thu, 30 Mar 2023
Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Cederakan Diri Akibat Kemurungan, Wanita Ini Nekad Mulakan Bisnes Kek Fondant

Pemilik Leenie’s Bakery akui mengakui kemurungan sehingga tahap mencederakan diri sendiri.

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

error: Content is protected !!