Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin April 18, 2018 @ 12:24pm

Gerai Makan Di India Jual Makanan Yang Unik. Wow! Siap Berapi Lagi

Anda mesti sudah biasa atau suka makan makanan yang sedang panas, tetapi ia perkara biasa saja bagi anda kan? Tapi anda berani tak kalau makan snek yang betul-betul berapi. Ya, snek yang siap ada api! Berani tak?

Baru-baru ini, sebuah gerai di New Delhi telah viral di media sosial selepas ‘snek api’ yang disediakan secara tradisional dimasukkan terus ke dalam mulut pelanggan. Wow! Ngerinya! Odeon Milan Paan Shop merupakan perusahaan oleh keluarga Pradhuman Shula yang menjual snek yang bernama ‘Paan’ sejak 20 tahun lalu sehingga sekarang.

Foto: Nextshark

Kalau anda nak tahu snek paan ini dibuat menggunakan daun sirih bersama kacang pinang. Namun gerai ini telah mencipta satu keunikan dengan menyalakan api untuk menambah keterujaan pelanggannya. Selain itu snek ini juga boleh diubah suai dengan menambahkan perisa masala, sedikit ais dan perisa minuman yang dipanggil ‘Rooh Afza’. Bagi masyarakat di sana, snek paan ini dikatakan berkesan untuk menyembuhkan selsema, batuk dan sakit tekak. Menariknya!

Foto: Nextshark

Foto: Nextshark

Foto: Nextshark

Foto: Nextshark

Foto: Nextshark

Menurut Pradhuman pemilik kedai ini, memakan snek paan ini nampak macam bahaya, tetapi bagi pelanggan yang sudah mencubanya, mereka dapat rasakan sensasi dingin di dalam mulut. Dia juga mengakui bahawa ramai pelanggannya yang pada mulanya terperanjat apabila tahu cara untuk memakan snek paan ini, tetapi Pradhuman percaya sesiapa yang makan paan tidak akan mengalami kecederaan.

“Saya tahu bagaimana ia berfungsi. Saya telah mencubanya sebelum ini. Ia selamat dan tidak akan menyebabkan kecederaan kepada sesiapa. Sesetengah orang mungkin tidak suka rasa paan ini tetapi tiada siapa yang telah cedera apabila memakannya”, kata Pradhuman.

Sangat unik kan? Kalau diberi peluang, kami rasa tak berani nak makan snek paan yang ada api ini! Kalau anda berani tak? Kalau berani, anda bolehlah pergi ke New Delhi untuk mencubanya!

Sumber: Nextshark

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Mar 2025

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk tontonan umum.

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Mon, 6 Jan 2025
Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

error: Content is protected !!