Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops April 20, 2018 @ 1:00pm

Ini 4 Cara Pakai Foundation Cecair Mengikut Jenis Kulit Anda

Apabila nak pakai makeup, salah satu alat yang anda perlu ada ialah foundation, atau bedak asas yang sedikit sebanyak bertindak untuk menyorok cacat-cela yang ada pada muka atau permukaan kulit anda yang tak rata.

Cara memakai foundation cecair atau alat yang digunakan untuk mengaplikasikan foundation itu juga berbeza-beza mengikut jenis kulit anda. Sama ada kulit anda kering atau berminyak, ada alat aplikasi yang sesuai.

Alat-alat yang biasa digunakan ialah beauty blender, berus leper, berus kabuki, serta jari anda sendiri. Setiap satu daripadanya elok untuk jenis-jenis kulit yang berlainan dan memberikan coverage yang berbeza.

Jom ketahui alat mana yang sesuai untuk jenis kulit yang macam mana, dan cara yang betul untuk menggunakan alat-alat ini.

Tip: Sebelum memakai foundation, anda disyorkan untuk memakai primer. Dan kalau nak lagi perfect, ratakan warna kulit anda dengan menggunakan concealer.

1. Jari

Kalau nak jimat, pakai jari saja. “Alat” ini sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan coverage yang nipis atau sederhana. Tapi sebelum itu, pastikan tangan anda bersih untuk mengelakkan sebarang kotoran atau bakteria daripada tersebar.

Picitkan foundation sebesar syiling 10 sen ke bahagian belakang tapak tangan. Kemudian, sapukan sikit-sikit ke muka. Cara yang sesuai ialah tepek-sapu-tepek-sapu dengan menggunakan dua jari. Ini memastikan foundation itu betul-betul rata.

2. Beauty blender

Kalau anda ingin coverage sederhana ke penuh, alat ini memang sesuai, lebih-lebih lagi jika kulit anda berparut atau berjerawat.

Basahkan span ini dan perah keluar air yang berlebihan. Dengan jari, tepekkan foundation di serata kulit dan kemudian pakai span untuk blend sampai rata. Seelok-eloknya mula dari bahagian tengah muka ke luar.

3. Berus kabuki

Berus ketot tapi padat ini sesuai untuk kulit normal ke berminyak. Ia memberikan coverage yang bagus sambil melicinkan lapisan foundation pada muka anda supaya kulit anda nampak natural, kononnya anda tak pakai foundation langsung.

Guna jari untuk meletakkan foundation di serata muka. Kemudian gunakan berus kabuki dan sapu dalam gerakan membulat ke atas dan ke luar.

4. Berus leper

Alat ini sesuai untuk kulit kering kerana ia memudahkan aplikasi nipis. 

Selepas meletakkan foundation di serata muka dengan jari, sapukannya dengan berus ini ke bawah untuk mendapatkan coverage yang paling licin.

Mudah kan? Kalau anda tak berapa jelas tentang cara-cara memakai 4 alat ini, tengok video ini:

Sumber: Seventeen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri. Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita […]

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

Tip Untuk Hilangkan Jerawat ‘Komedo’ Di Bahagian Bawah Bibir

Jenis jerawat ini sukar untuk dihilangkan!

Featured Wed, 12 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019

Getting married? Here’s some inspiration for your wedding jewelry

According to a stylist, don’t go overboard!

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

Betul ke ubat gigi boleh hilangkan jerawat? Ini jawapan pakar

Ketahui juga sama ada ia bagus untuk kulit anda dalam jangka masa panjang.

Oh Lawa Mon, 6 Jan 2020

Warna gincu yang mana akan buatkan gigi tampak lebih putih?

Jangan main pakai sahaja jika anda ingin serlahkan keputihan gigi.

Oh Lawa Mon, 24 Dec 2018
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

error: Content is protected !!