Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin April 26, 2018 @ 4:00pm

7 Tarikan Yang Wajib Anda Kunjungi Apabila Holiday Ke Hong Kong

Anda pernah tak pergi melancong ke Hong Kong? Kalau belum pernah lagi, mungkin anda boleh jadikan Hong Kong sebagai senarai lokasi percutian anda kerana terdapat lokasi yang menarik dekat sana.

Kalau anda perasan, kota Hong Kong semakin popular dalam filem Hollywood sejak kebelakangan ini. Filem yang memperlihatkan negara ini termasuklah Transformers: Age Of Extinction, Ghost In The Shell, Doctor Strange, Pacific Rim dan banyak lagi. Berikutan itu, Hong Kong dijadikan sebagai destinasi baharu bagi sesiapa sahaja yang suka travel. Anda pula bagaimana?

Apa kata anda ketahui tempat-tempat menarik yang ada di Hong Kong ini. Mungkin lepas ini anda akan lebih teruja nak pergi libur ke sana pula?

1. Duk Ling

Foto: Instagram Jpoon7

Bila anda sudah sampai ke Hong Kong anda harus mencuba kapal yang awesome ini. Kalau anda nak tahu Duk Ling membawa maksud clever duck yang merupakan kapal tradisional yang sangat ikonik di Hong Kong. Kapal ini beroperasi di Victoria Harbour, dan apabila anda menaiki kapal ini, anda berpeluang untuk melihat keindahan dan kepesatan bandar Hong Kong dari atas kapal ini.

2. Madame Tussauds Hong Kong

Foto: Instagram Madame Tussauds Hong Kong

Jika anda mahu ‘bertemu’ artis ternama dari seluruh dunia, inilah tempatnya. Baik di Hong Kong atau di negara-negara lain seluruh dunia, muzium patung lilin Madame Tussauds ini pasti akan sentiasa dibanjiri dengan pelancong. Menariknya, semua patung-patung yang ada di muzium ini memang nampak real. Penulis yakin, anda pasti akan berpuas hati apabila melawat ke muzium ini. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak ok!

3. Ngong Ping 360

Foto: Instagram np360hk

Bagi anda yang suka akan cabaran dan tak takut akan ketinggian, anda boleh cuba menaiki kereta kabel Ngong Ping 360 ini. Kereta kabel ini menghubungkan Lantau Island Di Hong Kong dan anda akan dibawa merentasi gunung dan lautan apabila menaiki kereta kabel ini. Menarik kan? Masa perjalanan pula adalah sekitar 25 minit. Lama juga anda akan ‘tergantung’ di atas sana untuk menikmati keindahan pulau Lantau ini. Pasti anda akan teruja.

4. Sky100 Hong Kong Observation Deck

Foto: Instagram Sky100hk

Jika anda ke lokasi ini, anda akan dapat menikmati pemandangan dari tingkat ke 100 International Commerce Center, West Kowloon Hong Kong. Yang pasti, anda akan dapat pemandangan terbaik Hong Kong apabila berada di sini. Sangat berbaloi kalau anda luangkan masa bersama orang tersayang!

5. Play HKPOP

Foto: Instagram Plyhkpop

Kalau anda peminat muzik pop Asia, ini tempat paling best untuk anda! Di sinilah lokasi untuk anda menyelami dan ‘merasai’ muzik pop Hong Kong serta Korea. Paling seronok sekali, di sini juga anda boleh melihat persembahan artis ternama secara hologram. Artis seperti G-Dragon, Bing Bang dan PSY akan menghiburkan anda sepanjang ada berada di sini.

6. Chocolate Museum of Hong Kong

Foto: Vocket

Bagi anda yang gemar makan coklat, wajib pergi ke muzium ini. Ini kerana, pelbagai arca dan barangan yang ada di muzium ini adalah diperbuat daripada coklat. Salah satu arca menarik di sini adalah Eiffel Tower setinggi 2.4 meter yang diperbuat sepenuhnya daripada coklat. Hebatnya! Selain itu, anda juga boleh DIY coklat anda sendiri sebagai cenderahati sebelum pulang. Best kan?

7. Hong Kong Tram Ways

Perjalanan lebih mudah dengan Hong Kong Tramways. Tidak banyak negara yang mempunyai kenderaan tram ini dan Hong Kong salah satu negara yang masih mengekalkan penggunaan tram ini. Apa salahnya anda merasa menaikinya kan? Sistem pengangkutan ini telah beroperasi sejak tahun 1906 lagi dan pastinya akan memudahkan anda untuk bergerak di dalam kota Hong Kong. Bila balik Malaysia, bolehlah anda kongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan-rakan pengalaman naik tram ini.

Jadi, tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda ke Hong Kong dengan orang-orang tersayang! Pasti anda akan dapat menikmati pengalaman yang awesome. Selamat bercuti!

Sumber: Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Eat Travel Mon, 3 Sep 2018

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade!

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

‘Tis The Season To Have A Yummy ‘Kissmas Feast’ With A Little Asian Twist!

You don’t need to celebrate Christmas to enjoy it!

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

error: Content is protected !!