Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 16, 2018 @ 2:00pm

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Apa yang anda faham dengan maksud hijabista? Biasanya, gadis yang bergaya dengan solekan yang memukau, pakaian yang up to date dan memakai pelbagai stail tudung adalah digelar hijabista.

Kalau anda nak tahu seorang hijabista bukan sahaja perlu bijak dalam ketrampilan ‘muslimah’, malah mereka juga mempunyai ramai followers di media sosial. Sudah tentu apa yang hijabista lakukan akan diikuti oleh pengikutnya.

Kalau buat carian di Instagram kini, rasanya memang ramai gadis Melayu yang boleh dicop sebagai hijabista. Sama seperti muse fesyen yang lain, hijabista juga punya trend fesyen semasa. Tahun 2018 ini popular dengan 3 gaya hijabista yang boleh anda tiru kalau anda nak bergelar hijabista macam mereka. Jom kita lihat 3 stail ini:

1. Pakai anting-anting dengan shawl

Foto: Instagram Hanez Suraya, Rafidahhhh, Fara Farhana

Stail ini sebenarnya sudah lama sejak tahun 2000 lagi, tapi ia semakin mendapat perhatian bila masuk tahun 2018. Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak pandai untuk menggayakan trend ini kan? Tapi, setahu penulis sekarang sudah ada yang jual tudung sekali dengan tampal subang dengan shawl. So, tidak menjadi satu alasan pada anda untuk tidak mencuba gaya ini.

2. Off-shoulder jacket

Foto: Instagram Nabila Razali

Kalau anda perasan, Neelofa dan Nabila Razali agak kerap menggayakan stail ini. Gaya ini juga menjadi ikutan pula pada hijabista. Nampak cantik kan? Jika di negara barat gaya off-shoulder ini terdedah dengan sebelah bahu, tapi kalau para hijabista kenalah jaga aurat dengan digantikan baju berlengan panjang di dalam jaket tersebut.

3. Kaca mata oversized

Foto: Instagran Adira Salahudin

Anda boleh gayakan apa jua rekaan kaca mata asalkan bingkai lebih besar dari muka. Cermin mata ini banyak dijual, jadi memang mudah untuk anda dapatkan. Yang penting berani atau tidak sahaja nak menggayakannya!

Pendapat anda macam mana dengan 3 stail ini? Stailo tak? Apa pun anda perlu yakin untuk menggayakan apa jua stail tapi janganlah nampak sampai pelik! Selain itu, stail apa pun yang anda gunakan haruslah mencerminkan yang anda adalah wanita muslimah ya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Apr 2025

Dibandingkan Dengan Abby Abadi Isu Nafkah, Rita Rudaini Mohon Doakan Yang Terbaik – “Cerita Orang Tak Sama…”

“Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan”- Rita

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Thu, 1 Aug 2024
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Featured Mon, 25 Oct 2021
Featured Tue, 11 Jun 2019

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Banduan daripada Penjara Penor dan Penjara Bentong pastinya berbangga!

Featured Mon, 25 Jul 2022
Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!