Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 21, 2018 @ 11:00am

Kerana Darah Campurannya, Meghan Markle Memecah Tradisi Kerabat Diraja Britain Dengan Mengahwini Putera Harry

Sebelum ini katanya belum pernah ada individu selain orang putih yang menjadi salah seorang ahli kerabat diraja Britain… sehinggalah apabila Meghan Markle mengahwini Putera Harry, pewaris ke-6 bagi takhta Britain pada Sabtu lalu.

Meghan, 36, adalah seorang pelakon wanita berdarah campuran Afrika-Amerika, di mana ibunya adalah berbangsa kulit hitam manakala ayahnya adalah seorang putih.

Foto: Skynews

Mungkin ada daripada anda yang ingat “so what?”, tapi ini sebenarnya adalah moment yang bersejarah buat people of colour (mana-mana bangsa di dunia yang bukan orang putih atau Caucasian).

Dengan adanya perkahwinan ini, kemungkinan untuk menjadi puteri atau permaisuri negara Britain kini bukan lagi sesuatu yang mustahil bagi people of colour.

Ini juga bermakna kerabat diraja negara tersebut semakin terbuka untuk menerima perubahan terhadap tradisi keluarga mereka. Yay!

Meghan bukan saja berdarah campuran, malah dia juga adalah seorang warganegara Amerika dan berstatus janda.

Sejak kelahirannya pada tahun 1981, Meghan tidak dibesarkan dengan tujuan untuk menjadi seorang kerabat diraja.

Untuk pengetahuan anda, ramai wanita yang akhirnya menjadi isteri kepada anak-anak raja memang telah “dilatih” dari kecil untuk mengamalkan gaya hidup seorang royalty.

Banyak kontroversi mengenai latar belakang Meghan telah timbul di kalangan orang ramai serta pihak media sejak dia didedahkan sebagai teman istimewa Putera Harry.

Foto: Alexi Lubomirski via Getty Images

Namun mereka semua tak boleh nafikan yang penerimaannya sebagai seorang ahli keluarga diraja Britain memberi harapan indah kepada ramai orang-orang biasa.

Majlis perkahwinan ini menjadi lebih bermakna kepada people of colour dengan kehadiran Michael Curry, seorang pengkhutbah berkulit hitam dari Amerika.

Foto: Owen Humphreys/WPA Pool/Getty Images.

Yang menariknya, di dalam khutbahnya, dia juga memetik kata-kata inspirasi dari Martin Luther King Jr., seorang pemimpin berbangsa Afrika-Amerika yang berpengaruh dalam sejarah dunia.

Bukan itu saja! Acara gilang-gemilang itu turut disertakan dengan pemain cello berkulit hitam, Sheku-Kanneh-Mason, 19.

Selain itu ada juga kumpulan koir gospel yang mendendangkan lagu Stand By Me, yang telah dipopularkan oleh penyanyi berkulit hitam Ben E. King.

Tengoklah persembahan mereka di dalam video ini! Meremang bulu roma.

Beautiful. Meghan dikatakan adalah seorang individu yang bangga dengan latar belakangnya, dan nampaknya dia telah berusaha untuk memberitahu satu dunia tentangnya melalui majlis meriah ini.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Dec 2018

Sehingga Kini Tidak Ada Produk Vitamin C Yang Didaftarkan Dalam Bentuk Suntikan Oleh KKM!

Produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik.

Kisah Viral Sun, 19 Jan 2025
Featured Wed, 16 Apr 2025

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

Anim Ezati tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Dituduh Wanita ‘Gold Digger’, Ameera Khan Tampil Bersuara – “Saya Ada Duit, Tak Bergantung Dengan Lelaki”

Ameera Khan menegaskan dia tidak bergantung kepada mana-mana lelaki dari segi kewangan

Featured Mon, 30 Oct 2023

“Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

Jangan buat main tau isu ni! Moga saudara kita di Palestin dipermudahkan segala urusan😔😥

Hiburan Sun, 2 Nov 2025
error: Content is protected !!