Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 22, 2018 @ 12:00pm

Ini Panduan Menempah Baju Raya Supaya Anda Tak Menangis Di Pagi Raya

Raya dah nak dekat. Anda dah tempah baju raya ke belum?

Baguslah kalau dah. Kalau belum, hmm, mungkin ada lagi tukang jahit di luar sana yang masih boleh terima tempahan.

Time-time bulan puasa ini, memang jaranglah yang anda, tapi manalah tahu. Anda mungkin bertuah!

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu ingat sebelum membuat tempahan baju raya anda.

Kalau tak, ada kemungkinan yang anda akan meraung dengan penuh penyesalan di hari mulia nanti.

1. Tempah seawal yang mungkin

Foto: www.midvalley.com.my

Ingat ya, seorang tukang jahit bukan ada seorang atau dua orang saja pelanggan tapi ramai. Itu sebabnya anda kena buat tempahan secepat mungkin. Jangan tunggu-tunggu. Selepas raya nanti dah boleh mula start beli kain untuk raya tahun depan.

Kalau tunggu lama-lama, tukang jahit semua akan tutup kedai pula nanti.

Tapi tak apa! Jika anda terlambat, anda boleh saja beli baju raya yang dah siap. Itu pun kalau ada saiz.

2. Cari tukang jahit yang sesuai

Foto: Pixabay

Ya, untuk sesetengah orang, memang susah untuk mencari tukang jahit yang betul-betul cekap dan faham apa yang kita nak.

Mungkin anda kena cuba gunakan servis beberapa orang tukang jahit yang berlainan dulu sebelum anda jumpa yang serasi. Tapi kalau dah jumpa, jangan lepaskannya!

Cari tailor yang boleh turuti citarasa anda dan yang boleh patuhi “deadline”. Yalah, janganlah sampai tinggal sehari saja lagi nak Raya tapi bajunya belum siap.

Satu lagi, kalau boleh, cari tukang jahit di mana anda boleh collect sendiri baju kurung yang dah siap dijahit. Kalau yang dihantar melalui pos, bahaya! Manalah tahu, tengok-tengok tak sampai. Aduh!

3. Pastikan style dan design apa yang anda nak

Foto: Pinterest

Semakin moden dunia ini, semakin banyak rekaan design baru yang diperkenalkan untuk baju kurung.

Anda memang bebas untuk memilih mana-mana design sekalipun, tapi pastikan anda betul-betul sukakannya dan jika ia sesuai dengan bentuk badan anda. Jangan nanti bila dah siap, malu pula nak pakai.

Dan untuk merealisasikan design ini, pastikan tukang jahit anda betul-betul tahu dan faham apa yang dia kena buat.

Sesetengah tailor itu tak tahu nak buat baju kurung moden, sesetengah yang lain tak tahu nak buat kain baju kurung kedah. Check dulu! Jangan menyesal di kemudian hari.

Ingat juga untuk beli kain yang secukupnya!

4. Survey dulu harga tempahan

Foto: www.sinarharian.com.my

Pilih tukang jahit yang menawarkan harga tempahan yang sesuai dengan bajet anda. Kalau di negeri-negeri lain selain Kuala Lumpur atau Selangor, harga tempahan mungkin lebih murah. Jadi pandai-pandailah pilih.

Ada tukang jahit yang ambil kesempatan bila anda membuat tempahan last minute. Kalau dah tak ada pilihan lain itu, bayar sajalah lebih sikit.

Kalau masih tak puas hati, jahitlah baju anda sendiri. Hiks.

Foto; Twitter Bulu-Bulu Kehidupan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Flawless Bak Fazura

Memiliki kulit wajah yang licin dan cantik, penampilan gadis jelita berusia 34 tahun ini sentiasa memukau mata memandang.

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Ukuran Pinggang Kurang 25 Inci

Sebahagian besar daripada mereka  tidak makan selepas jam 8 malam.

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Awalan Evolusi Fesyen Tempatan Menebal Nuansa Gaya Barat

Di peringkat awal perkembangan fesyen tempatan lebih terarah atau berkiblatkan resensi Barat.

Featured Fri, 19 Oct 2018
Oh Lawa Thu, 30 May 2019
Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

error: Content is protected !!