Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 26, 2018 @ 8:00pm

14 Peraturan Yang Meghan Markle Mesti Patuhi Setelah Menjadi Ahli Keluarga Diraja Britain

Meghan Markle kini sah bergelar Duchess of Sussex setelah mengahwini Putera Harry, pewaris takhta negara Britain yang ke-6.

Tapi bila dah jadi ahli keluarga diraja ini, Meghan tak boleh lagi pulang ke kehidupan atau gaya hidup lamanya sebagai seorang pelakon Amerika.

Ramai yang mungkin anggap hidup baru Meghan hanyalah melibatkan tiara, gaun dan istana; tapi sebenarnya ada banyak peraturan, etika dan protokol yang perlu diikuti. Patutlah kehidupan ahli kerabat diraja ini selalu kelihatan proper dan tersusun.

Nak tahu apa dia peraturan yang Meghan perlu patuhi lepas ini? Jom baca artikel ini selanjutnya.

1. Tak boleh berswafoto

Wuish, trend yang terlalu popular ini tak dibenarkan? Ketat betul! Rupa-rupanya, peraturan ini dicipta untuk menggalakan orang ramai untuk bertentang mata dan bercakap dengan kerabat diraja. Jika nak berswafoto, rakyat jelata mungkin perlu membelakangi mereka, dan tindakan ini memang tak dibenarkan.

2. Tak boleh ada akaun media sosial

Ini lagi satu trend yang tak dibenarkan. Itu sebabnya blog gaya hidupnya The Tig dan akaun media sosialnya ditutup pada tahun lepas.

3. Tak boleh memberi autograf

Meghan mungkin ada peminat untuk lakonannya dalam siri Suits, tapi kini dia tak boleh lagi menghadiahkan autograf kepada mereka, dalam apa jua keadaan. Tandatangan kerabat hanyalah untuk dokumen-dokumen diraja.

4. Tak boleh pakai miniskirt

Peraturan ini kita boleh fahamlah. Sebagai ahli kerabat diraja, Meghan perlu nampak sopan dan teratur. Tak boleh nak seksi-seksi lagi dah. Ratu Elizabeth hanya benarkan skirt yang paling pendek pun seinci dua dari lutut.

5. Tak boleh pakai kasut wedges

Menurut majalah Vanity Fair, Ratu Elizabeth paling benci kasut wedges. Kate Middleton pernah memakainya sekali di sebuah acara keramaian tapi Ratu Elizabeth tiada di tempat kejadian. Jadi mungkin Meghan pun boleh pakai bila Ratu Elizabeth tak ada. Haih, baik jangan.

6. Tak boleh pakai nail polish berwarna gelap

Menurut majalah OK!, ahli kerabat diraja wanita dilarang memakai pengilat kuku yang berwarna gelap. Yang boleh hanyalah warna nude atau pink cair.

Foto: www.thelifestylereport.ca

7. Bila travel ke mana-mana, kena bawa satu persalinan pakaian berkabung

Bapa Ratu Elizabeth, Raja George, telah mangkat pada tahun 1952. Ratu itu dan suaminya Putera Philip berada di Afrika ketika itu dan mereka terpaksa pulang dalam pakaian biasa. Tindakan itu dianggap tidak menghormati keadaan, jadi sejak itu, semua ahli kerabat diraja disuruh untuk membawa salinan pakaian yang sesuai untuk majlis berkabung jika mereka melancong ke mana-mana.

8. Tak boleh menyilangkan kaki ketika duduk

Cara duduk yang wanita moden biasa gunakan memang dipandang serong. Kalau anda perasan, Kate tak pernah duduk dengan bersilang kaki selain di buku lalinya. Cara meletakkan kaki yang sopan bagi ahli kerabat diraja wanita dipanggil “the Duchess Slant”, dan Meghan perlulah biasakan diri.

Foto: Getty Images

9. Mesti memberi tunduk hormat “curtsy”

Bila kerabat diraja wanita memasuki bilik di mana adanya Ratu Elizabeth, mereka perlu memberi curtsy kepada pemegang takhta negara Britain itu. Meghan juga perlu curtsy kepada sesiapa yang lebih tinggi pangkatnya.

Foto: Reuters

10. Masa makan adalah pada pukul 8.30 malam

Ratu Elizabeth memang mementingkan jadual makannya, dan jika Meghan menjamu selera dengannya, dia terpaksalah ikut timing yang ditetapkan.

11. Tak boleh makan sebelum atau selepas Ratu Elizabeth makan

Selagi Ratu Elizabeth tak mula menjamu selera, orang lain yang bersamanya tak boleh makan. Dan bila Ratu itu dah berhenti makan, orang lain pun kena ikut, walaupun makanan mereka belum habis lagi!

12. Tak boleh makan shellfish

Makanan laut tak dibenarkan, just in case orang yang memakannya mendapat keracunan makanan. Ini adalah satu peraturan yang sudah lama diperkenalkan kepada keluarga diraja ini. Walaupun ia tak selalu diikuti oleh orang lain, Ratu Elizabeth dilaporkan masih menurutinya.

13. Tak boleh masuk tidur selagi Ratu Elizabeth belum

Jika Meghan sebumbung dengan Ratu Elizabeth, dia mesti berjaga sampailah Ratu itu masuk tidur. Ia dianggap tidak sopan untuk masuk tidur dulu daripada Ratu. Nasib baik Ratu Elizabeth tak mengadakan majlis yang berlangsung sepanjang malam!

13. Tak boleh duduk di mana-mana yang dia suka

Di majlis perjumpaan keluarga diraja, Meghan hanya boleh duduk di sebelah Putera Harry.

14. Tak boleh masuk bilik tak tentu arah

Ada peraturan ketat tentang urutan untuk ahli-ahli kerabat diraja memasuki sesuatu bilik atau dewan. Inilah urutannya: Ratu Elizabeth, Putera Philip, Putera Charles, isterinya Camila, Putera William, Kate, Putera Harry dan Meghan.

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021

Pecahkan Cermin 12 Kereta, Bekas Pesakit Mental Ditahan

Polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan bekas sakit mental selepas memecahkan cermin 12 buah kereta di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, semalam. Memetik laporan daripada Utusan, lelaki berusia 39 tahun itu menghayunkan sebatang besi […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Anna Jobling Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Proses Injunksi

Ibu mendedahkan punca menerima perintah injunksi adalah disebabkan pihak ketiga.

Featured Wed, 21 Dec 2022

Ummi Nazeera Takut Tonton Cerita Hantu, Aishah Azman Bertindak Jadi Narator.. Netizen Pula Beri Tip Tengok Naskhah Seram

Pelakon cantik Ummi Nazeera mendedahkan dia takut untuk menonton filem seram.   View this post on Instagram   A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) Menonton filem seram bersama pelakon Aishah Azman, Ummi tidak dapat […]

Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Featured Wed, 17 Mar 2021
Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!