Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom May 31, 2018 @ 12:00pm

LOVEbibir Tampil Dengan 12 Warna Gincu Yang Pasti Anda Enggan Melepaskannya

Terus memperkasakan label solekannya, jurusolek terkenal tempatan Syed Faizal Syed Noh, menampilkan produk terbaru dibawah Syed Faizal Beauty iaitu LOVEBibir, selepas kejayaan produk terdahulu BIBIR, MATA (pembayang mata) dan PIPI (pemerah pipi).

LOVEbibir terdiri daripada 12 jenis rona pastel hangat lagi menggoda iaitu Shine, Sexy, Secret, Social, Skin, Super, Selfie dan Summer. Manakala empat daripadanya pula adalah Lip Vinyl iaitu Fame, Foxy serta Fear Fresh.

Foto: Archive Hijab & Heels

Syed Faizal ketika temubual di majlis pelancaran LOVEbibir yang berlangsung di ruang legar pusat membeli-belah Pavilion Ahad lalu berkata, koleksi yang boleh dibeli di gedung membeli-belah secara talian Fashion Valet itu, menghimpunkan warna-warna yang sangat bersesuaian untuk musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Terdiri dari himpunan rona pastel, LOVEbibir memperkenalkan 8 jenis gincu matte dan 4 lip vinyl. Lip vinyl adalah jenis gincu yang sangat popular dan trending ketika ini di mana fungsinya hampir sama dengan gloss atau lip tint.

“Ia sapu selepas pemakaian gincu matte yang akan memberikan effect berkilau, lembab selain memelihara bibir daripada kering,” katanya.

Foto: Archive Hijab & Heels

Dijual pada harga mampu milik iaitu RM45 setiap satu, produk yang dikeluarkan pemuda ini amat mementingkan benefit pemakaian buat pelanggan selain ingin memberi peluang kepada wanita dan anak-anak gadis di luar sana untuk mengekspresikan diri serta kecantikan mereka dengan cara tersendiri melalui solekan.

Bukan itu sahaja, Syed juga percaya solekan tidak mempunyai syarat tertentu asalkan si pemakai tahu bagaimana memanfaatkan teknik solekan terbaik sambil menggunakan alat dan produk kosmetik yang bertepatan.

“Seperti demonstrasi solekan yang saya lakukan tadi, selepas wajah model di prep dengan sempurna menggunakan primer, foundation dan loose powder, saya hanya memilih dua warna pembayang mata untuk solekan mata.

“Kemudian saya memakaikannya gincu matte dan gincu vinyl yang dioles ke atasnya. Teknik solekan yang ringkas, namun pada masa sama masih menyerlah kecantikan asli seseorang gadis dan wanita,” katanya yang mengusahakan produk solekan sejak 2016.

Terkenal dengan signature solekan mata dan contouring, Syed Faizal pernah bekerjasama dengan ramai selebriti dan personaliti tanah air.

Foto: Archive Hijab & Heels

Antara yang pernah mendapat sentuhannya termasuklah Neelofa, Scha Alyahya, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Izara Aishah dan ramai lagi.

Beliau memiliki 10 tahun pengalaman dalam bidang solekan malah pernah berkhidmat untuk menyolek wajah-wajah bintang kulit majalah terkenal seperti GLAM, EH! dan Intrend Malaysia.

Menyentuh kemeriahan pelancaran LOVEbibir, barisan makeup artist tempatan yang hadir memberi sokongan adalah  seperti Najeeb Azami, Alha Alfa, Bong dan Chomel. Manakala tetamu VIP nya adalah media influencer, Vivy Yusof.

Foto: Archive Hijab & Heels

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 5 Jun 2018

Ringkas Dan Mudah, Ini Tutorial Gaya Tudung Bawal YB Nurul Izzah

Jom belajar cara nak gayakan hijab seperti YB Nurul Izzah ini. Pasti anda bertambah cantik dan manis!

Featured Mon, 11 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 4 Mar 2019
Featured Wed, 20 Feb 2019
Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Oh Lawa Mon, 14 May 2018

14 Pakaian Luar Biasa Yang Pernah Diperagakan Oleh Lady Gaga, Pelik-Pelik Belaka!

Tak ada siapa lagi yang dapat menandinginya daripada segi kreativiti dan keberanian.

error: Content is protected !!