Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin June 6, 2018 @ 2:00pm

Pening Kepala Nak Packing Barang Untuk Balik Raya? Cuba Tip Ini

Anda dah berkemas barang untuk pulang beraya di kampung? Yelah, raya dah nak dekat, kalau kemas dan packing awal-awal kan lebih senang?

Bagi anda yang masih single, memang senang dan cepat sahaja kan, nak packing baju? Tapi macam mana pula ibu yang ada anak lebih dari dua orang? Mesti kelam kabut nak berkemas!

Kali ini penulis nak kongsikan cara yang boleh membantu kaum ibu untuk membuat persiapan balik raya nanti. Jom kita semak!

1. Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga

Foto: Mommylotte

Anda boleh buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga di atas sehelai kertas A4. Senaraikan barang yang ingin dibawa mengikut kategori seperti pakaian, alat-alat mekap dan makanan. 

2. Lipat dan gulung baju dalam beg

Foto: Mommylotte

Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Kaedah menggulung baju ini akan menjimatkan ruang beg anda.

Foto: Mommylotte

Bagi baju yang mudah berkedut, gosok dahulu baju tersebut dan simpan dalam beg pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu berfungsi untuk melindungi baju dari sebarang kedutan.

3. Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil

Foto: Yuk’s Trove

Penggunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang. Pilih bekas yang banyak bahagian contohnya bekas ubat untuk mengasingkan barang kemas ataupun pin-pin tudung anda.

Anda juga boleh menggunakan bekas yang kecil (travel size) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembap dan sebagainya. 

4. Balut barangan berkaca dengan kain

Foto: Mommylotte

Minyak wangi dan deodorant adalah antara barangan berkaca yang akan anda bawa, jadi balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas degan getah. Lebih mudah lagi, gunakan stokin lama dan masukkan minyak wangi ke dalamnya.

5. Sediakan ruang penyangkut di dalam kereta untuk letak barang keperluan ketika dalam perjalanan

Foto: Rileksla.com

Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini seperti biskut, botol air dan sebagainya. Anda juga boleh simpan barang mainan anak supaya mereka tidak bosan ketika dalam perjalanan.

Macam itulah cara nak buat persiapan balik kampung nanti. Lebih mudah dan menjimatkan ruang. Jangan lupa untuk cuba tip ini ok!

Sumber: Majalah Pama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 6 Feb 2018

Loligo Resort Hua Hin Ideal Untuk Percutian Keluarga

Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi.

Featured Mon, 24 Dec 2018
Featured Wed, 15 May 2019
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa jenis makanan yang akan rosak dengan lebih cepat kalau disejukkan!

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018

Kasut Kahwin Paling Mahal Bernilai RM5 Juta. Cipta Book Of Records!

Kasut ini dicipta untuk dipakai oleh seseorang!

Gaya Hidup Tue, 20 Aug 2019
Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Jom rebut peluang terokai harta karun di The Lost World of Tambun

Kempen cuti sekolah ini berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Elak daun kesum layu, kekalkan kesegaran seperti baru dipetik

Kaedah ringkas pastikan daun kesum kekal beraroma

Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Gaya Hidup Mon, 25 Jun 2018

Mesin Basuh Kotor Dan Berkeladak. Ini Cara Mudah Untuk Bersihkannya!

Tetapi tahukah anda, mesin basuh juga akan menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci!

error: Content is protected !!