Featured By: Yanie Baharom June 14, 2018 @ 9:00am

Tampil Anggun & Elegan Dengan 5 Tip Mix & Match Barangan ALDO

Usar gusar ladies semua, kalau sudah ada bajunya tetapi belum berhasil mendapatkan aksesori yang lainnya, apa kata make your time dan singgah ke butik ALDO untuk mendapatkan segala apa yang anda inginkan.

Bagi si gadis yang gemar memilih rona pastel untuk persalinan mereka barangkali idea suai padan seperti di bawah boleh menjadi rujukan anda.

Model memperagakan kurung draping rekaan Nurita Harith yang cukup manis dan sopan dipandang. Sebagai pelangkap gaya anda agar tampak lebih Wow! impak maksimakan ia dengan tas tangan dan sepatu rona sedondon soft pink dari ALDO.  Tambah elegan digayakan bersama kaca mata berwarna sama juga dari ALDO.

Tas tangan dan sepatu daripada koleksi yang sama juga boleh didapatkan dalam rona yang sinonim dengan istilah hitam itu menawan. Apalagi tahun ini shade of black dipilih oleh kebanyakan pereka fesyen terkenal sebagai warna trend Raya 2018.

Anda boleh sensasikan penampilan kurung hitam dengan tas tangan dan sepatu berona sama. Bagi mencipta urban look dalam persalinan tradisi, pelihara mata anda dengan kaca mata metallic yang cukup trendy daripada ALDO.

Jangan tak tahu, Aldo juga adalah butik yang menjual pelbagai jenis sepatu untuk lelaki. Saranan buat jejaka yang memilih menggayakan persalinan lengkap baju Melayu Cekak Musang (Contoh: model lelaki berbaju biru), kasut jenis tertutup warna hitam ini cukup sempurna untuk look sebegini. Manakala untuk baju Melayu Teluk Belanga seperti digayakan pelakon Syafiq Kyle, sepatu separa terbuka ini tampak santai serta selesa dan pastinya sangat sesuai dipakai untuk berkunjung ke rumah terbuka.

Lazimnya pada Syawal ke-3, pemilihan baju Raya juga lebih santai dan tidak tertumpu pada baju kurung, sebaliknya blouse sopan bersama celana palazzo. Untuk tidak kelihatan terlalu polos dan masih tampak glamor di Hari Raya, padankan dengan aksesori subang, sepatu, tas tangan dan skarf semestinya daripada jenama ALDO.

Untuk abang-abang hipster di luar sana, anda masih boleh mengekalkan gaya dan stail anda dengan memilih sepatu jenis sneakers ataupun loafers daripada ALDO lalu dipadankan dengan kemeja dan seluar khakis, denim mahupun skinny. Bertambah kacak apabila digayakan dengan kaca mata daripada ALDO!

Diharapkan panduan suai padan yang dikongsikan Hijab & Heels dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik saat berkunjung ke butik ALDO nanti sekaligus menjadikan penampilan Hari Raya anda tahun ini, paling something!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Nov 2023
Featured Sun, 25 Nov 2018

Selfie Telah Menyebabkan 259 Kematian, Para Saintis Cadangkan ‘No-Selfie Zone’

Ketahui tentang kes-kes kematian yang disebabkan oleh selfie.

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Wed, 31 May 2023