Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 5, 2018 @ 3:00pm

Anda Rasa Gemuk Itu Hodoh? Bagi Suku Kaum Mauritania Berbadan Gempal Paling Cun!

Bagaimana anda mentakrif kecantikan yang sempurna? Setiap orang pastinya mempunyai standard yang berbeza dalam menilai kecantikan dan ketampanan seseorang.

Jika anda menganggap rupa paras menawan, kulit yang bersih, bertubuh sasa, langsing dan tinggi lampai, itu sebagai cantik dan tampan, bagi suku kaum di sesetengah negara pula adalah sebaliknya. Ia bergantung penilaian seseorang kerana citarasa manusia itu tidak sama.

Satu hal yang pasti, baik perempuan mahupun lelaki berhabis wang demi untuk tampil sempurna adalah perkara biasa.

Apa yang ingin dikongsikan Hijab & Heels, menyingkap 10 standard kecantikan dari beberapa daerah di dunia.

1. Gigi berlapis – Jepun.

Foto: Pinterest

Bagi wanita Jepang, gigi berlapis atau taring yang terlihat saat tersenyum merupakan gambaran wanita yang polos dan comel. Trend ini disebut sebagai Yaeba atau gigi ganda yang dipercaya dapat membuat penampilan seorang wanita lebih muda dengan senyum yang tampak seperti deretan gigi kanak-kanak.

2. Goresan di tubuh – Suku Karo, Ethiopia

Foto: El Espectador

Baik lelaki mahupun perempuan, suku Karo di Ethiopia menggores tubuh mereka untuk tujuan berbeza. Jika lelaki menggores dada mereka sebagai lambang keberanian di dalam perang, perempuan pula membenarkan tubuh mereka digores untuk kelihatan cantik.

Goresan dibuat dengan cara memahat tubuh menggunakan benda tajam seperti pisau atau pecahan kaca. Setelah itu, mereka mengoleskan kombinasi sari tetumbuhan dan bahan berwarna gelap seperti arang atau bubuk lalu menanamnya ke atas luka pahatan.

3. Raut wajah V – Korea Selatan

Foto: alphacoders

Selain kulit, mata dan hidung, bentuk wajah kecil dan berbentuk V adalah dambaan wanita Korea. Banyak wanita Korea yang rela memotong rahang mereka demi mendapat bentuk wajah idaman tersebut.

4. Gemuk berlebih – Mauritania

Foto: newsland.com

Rata-rata wanita segenap pelosok dunia takut gemuk sampaikan sanggup berhabis wang semata-mata untuk kurus sama ada melalui cara pengambilan pil kurus, rawatan perlansingan juga pembedahan pembuangan lemak atau lipo.

Berbeza di Mauritania, lipatan lemak dan stretch marks adalah kecantikan ideal bagi perempuan di daerah itu. Untuk mendapatkan standard kecantikan seperti itu, para gadis dipaksa makan 16 ribu kalori sehari sejak kecil oleh orang tua mereka.

5. Plaster hidung – Iran

Foto: Affinity Magazine

Di Iran, menggunakan plaster setelah melakukan pembedahan hidung merupakan trend kecantikan. Itu seperti menunjukkan kepada orang-orang kalau yang menggunakan plaster tersebut baru saja melakukan operasi hidung. Walau belum tentu mereka melakukannya.

Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu datang dari golongan berada kerana berkemampuan melakukan pembedahan memandangkan kos pembedahan kosmetik di sana sangat tinggi.

6. Kulit putih pucat – Thailand dan Tiongkok

Foto: Bukalapak

Di negeri Gajah Putih, Thailand, standard perempuan cantik ditakrifkan dengan status sosial serta kulit putih pucat. Tak hairan krim pencerah kulit laris keras hingga diburu kaum hawa untuk membuat kulit mereka lebih bersinar.

Ternyata bukan hanya di Thailand, krim seumpama itu cukup famous di kalangan wanita Tingkok, dari yang berharga murah sehinggalah yang paling mahal.

7. Jidat (Dahi) lebar – Afrika

Foto: IfeanHealth

Kamu sebagai wanita yang memiliki dahi lebar tidak perlu berasa rendah diri atau aneh. Bahkan seharusnya kamu bangga. Kenapa? Kerana di suku Fula, Afrika, kamu akan dianggap sangat cantik bak bidadari.

8. Leher panjang – Suku Kayan, Myanmar

Foto: Steemit

Perempuan dengan leher yang panjang dipandang cantik oleh penduduk suku Kayan di Myanmar. Sedari muda, para perempuan ini diregangkan lehernya dari waktu ke waktu menggunakan gelangan kuningan. Ini membuat bahu mereka terdorong ke bawah hingga membuat leher terlihat panjang.

9. Bibir lebar – Suku Mursi, Ethiopia Selatan

Foto: Mera Muda

Bibir lebar datang dari Ethiopia Selatan di mana perempuan dari Suku Mursi menanam piring leper yang diperbuat daripada tanah liat ke dalam bibir atas atau bibir bawah mereka (kadang keduanya).

10. Kaki mungil – Tiongkok

Foto: mashable.com

Tradisi membebat kaki dilakukan oleh para perempuan bangsawan pada abad 10 di China. Prosedurnya melibatkan pematahan jari kaki seorang perempuan dan mengikatnya ke atas menggunakan balutan yang sangat ketat.

Apapun standard kecantikan yang berlaku di dunia, hal paling utama adalah mensyukuri nikmat yang sudah diberikan Sang Pencipta kepada kita.

Sumber: Dream.co.id

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Mar 2025

“Saya Tak Nak Kahwin Dah” – Mahu Fokus Jaga Anak, Ridzokumura Anggap Tiada Yang Layak Ganti Tempat Arwah Isteri

Pempengaruh dan usahawan popular, Ridzokumura menegaskan, Allahyarham isterinya, Akiko Okumura adalah seorang isteri dan ibu yang terbaik.

Featured Tue, 13 Mar 2018

20 Foto Indah Yang Akan Buat Anda Teringin Travel Ke Alaska Sekarang Juga!

Alaska ialah negeri terbesar di Amerika, tetapi ia mempunyai jumlah penduduk paling kecil. Maknanya ia belum lagi diterokai sepenuhnya.

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Wed, 13 Aug 2025

“Pembuli Tak Pernah Hebat, Mereka Adalah ‘Loser’ Sebab…” – Zizi Kirana

Zizi Kirana tampil mengulas mengenai isu buli yang sedang hangat diperkatakan kini.

Featured Tue, 16 Jun 2026

Isteri Aliff Syukri Naik Hantu, Dedah Dark Side Live Host ‘Main Tipu’ – “Kenapa Nak Kena Buat Perangai Sampah!”

Datin Seri Nur Shahidah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pengacara siaran langsung (live host) yang didakwa menipu sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

Featured Wed, 21 Sep 2022
error: Content is protected !!