Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 10, 2018 @ 3:00pm

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Orang Malaysia memang suka travel, tapi kalau anda perasan, ada beberapa tabiat yang kita ada tapi rakyat negara lain mungkin tak amalkan.

Bak kata orang, so Malaysian!

Jom tengok apa dia. Manalah tahu, mungkin anda boleh relate.

1. Nikmati cuaca sejuk atau ketika salji turun

Yalah, di Malaysia yang panas lembap ini, kita harapkan hari hujan dan air conditioning saja untuk menikmati udara sejuk. Mungkin sebab itulah ramai rakyat Malaysia suka melancong ke negara-negara 4 musim. Sesetengah orang akan enjoy sakan, tapi ada juga yang tak tahan sejuk. Pulak!

2. Convert harga barang di negara luar dengan currency Ringgit Malaysia

Kita ini kadangkala berkira sangat, especially jika kita travel dengan bajet yang rendah. Sebelum beli sesuatu barang itu, mesti compare dulu dengan harganya di Malaysia. Ataupun kita convert dulu daripada harga asing ke harga dalam Ringgit, untuk tahu sama ada kita sebenarnya rugi atau untung jika kita membuat pembelian.

3. Kempunan makan nasi

Foto: Have Halal Will Travel

Biasalah, tekak orang Melayu. Untuk sesetengah orang itu, tak sah kalau tak ada nasi, lebih-lebih lagi jika mereka jenis yang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau dah melancong ke negara orang putih, susah sikitlah nak cari. Ada orang sanggup bawa bukan saja beras, tapi rice cooker sekali!

4. Ambil gambar yang mengingatkan kita kepada Malaysia

Kadang-kadang akan terjumpa benda, landmark atau kedai yang mengingatkan kita kepada negara tercinta. Tak sangka ia wujud, jadi mestilah kena kongsi dengan pengikut-pengikut di media sosial!

5. Bawa makanan sendiri

Di negara orang, susah nak dapatkan makanan yang sesuai dengan citarasa kita. Kalau tak nak kebulur, memang kena bawa makanan dari rumah siap-siap. Dengan cara ini juga anda boleh berjimat!

6. Rasa gembira apabila bertemu dengan rakyat Malaysia lain

Anda mesti terasa homesick ketika melancong. Salah satu cara yang dapat ubati rindu adalah dengan berjumpa dengan orang Malaysia lain. Mungkin bukan di semua tempat anda akan berkesempatan untuk bertemu dengan ‘orang sekampung’, tapi bila berjumpa, memang seronok.

7. Ambil gambar makanan tempatan di negara luar untuk Instagram

Foto: Have Halal Will Travel

Bila di negara orang, mestilah kena makan makanan mereka. Rasa rugi kalau tak cuba rasa bila kita dah travel jauh-jauh. Dan tak sahlah kalau kita tak kongsikan dengan followers kita di Instagram.

8. Tak gunakan lintasan belang dengan tak sengaja

Kalau di Malaysia, kita main cross saja jalan raya sebab tak nak susah, walaupun zebra crossing yang disediakan lebih selamat. Dan kadang-kadang, tabiat ini kita terbawa-bawa ke luar negara. Tahukah anda? Di sesetengah negara, anda boleh didenda!

9. Bawa balik barangan percuma dari hotel

Ini kalau di dalam negara pun kita akan ambil bawa balik! Di mana lagi nak dapat syampu atau sabun free? Yalah, bila kita membayar untuk sebuah bilik itu, kita juga bayar untuk semua benda di dalamnya. Betul tak?

10. Sentiasa mencari sos cili atau makanan pedas

Tekak kita dah terbiasa sangat dengan masakan pedas, lebih-lebih lagi untuk orang Melayu. Jadi macam tak sah rasanya kalau kita tak makan cili. Nanti rasa macam mulut kita rasa kelat.

11. Cuba sedaya-upaya untuk ikuti budaya tempatan

Foto: ayuavenue.wordpress.com

Penulis pernah ke Korea, dah secara automatiknya, penulis terikut-ikut dalam menyebut perkataan harian yang digunakan di sana, seperti “Kamsahamnida” (terima kasih). Yelah, kalau nak blend in, kenalah cuba bertutur macam orang sana.

12. Bercakap dalam Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan di banyak negara, tapi perbualan kita mungkin didengari oleh orang tempatan. Jadi kalau kita nak mengumpat tentang sesuatu seperti barang mahal, kita akan secara automatik menggunakan Bahasa Malaysia supaya mereka tak syaki apa-apa.

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Mar 2019
Featured Thu, 28 Oct 2021

Akui Menyesal Jadi Transgender, Lucinta Luna Mahu Kembali Ke Fitrah Asal – Tapi, Rupa-Rupanya….

Baru baru ini, pendedahan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna yang mengakui kesal bergelar transgender mengejutkan ramai pihak. Dalam satu temubual video bersama pelakon Indonesia Boy William, Lucinta tampil dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki sekaligus mendedahkan […]

Featured Fri, 1 Nov 2024
Featured Fri, 8 Dec 2023

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Yelah, bayangkan kita kat tempat keluarga mangsa. Apa agaknya perasaan anak kecil macam tu mati dibunuh💔

Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Events Mon, 4 Jul 2022

Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Alamak, kot ya pun janganlah kereta polis abang oiii…

error: Content is protected !!