Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops July 18, 2018 @ 6:30pm

Basahkan Tekak Anda Dengan Dua Minuman Ini. Memang Segar & Puas!

Musim panas sekarang ini memang akan buat tekak sentiasa kering. Kalau boleh bergelen-gelen air nak minum. 

Masa ini jugalah nafsu kita memang pantang tengok minuman sejuk. Memang ‘heaven’ lah kalau dapat minum air sejuk!  

Jom buat resipi jus dan minuman sejuk ini. Bukan sahaja mudah, tapi memang puaslah dapat sediakan sendiri. Boleh minum berulang kali dan jimat!

Jus Mangga Pudina

Foto: Rasa

Bahan-bahan:

– 2 biji mangga

– 2 sudu besar yogurt

– 2 gelas air

– 1 biji limau kasturi

– Sedikit daun pudina

– Ais

Cara membuatnya:

1. Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama dua gelas air.

2. Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.

3. Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.

4. Tambahkan air gula jika perlu.

5. Masukkan ais dan letakkan daun pudina.

Tip: Mangga harumanis sangat sesuai digunakan untuk resipi ini kerana rasanya yang lebih sedap dan baunya yang harum.

Bandung Strawberi Laici

Foto: Rasa

Bahan-bahan:

– 2 sudu makan gula

– 2 sudu makan sirap

– 5 sudu makan susu cair

– 1 biji strawberi dibelah empat

– 5 biji laici dalam tin

– Air dan ais secukupnya

Cara membuatnya:

1. Larutkan gula dalam air.

2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.

3. Masukkan strawberi dan laici.

4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 May 2020

MySejahtera Check In mula beroperasi 2 Jun ini

Muat turun aplikasi MySejahtera

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Gaya Hidup Thu, 22 Nov 2018

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Jangan biarkan lipas bermaharajalela dalam kereta kesayangan anda!

Gaya Hidup Sun, 5 Dec 2021

Koleksi Barbie Dalam Pakaian Inspirasi Malaysia… Comelnya!

Kita sudah terbiasa melihat patung Barbie menyarungkan pelbagai busana yang cantik dan menawan. Pernahkan anda terbayang Barbie menyarungkan pakaian dalam inspirasi Malaysia? Taylor’s University, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan Barbie Mattel telah bekerjasama dalam […]

Featured Fri, 5 Jun 2020
Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Suka Bermonolog Sendirian Sering Dianggap Gila Walhal…

Kajian menunjukkan bahawa golongan genius suka bermonolog dengan diri  sendiri.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Periuk Yang Hangus Supaya Kembali Berkilat

Kalau tahap kehangusannya teruk sangat, memang susah kita nak cuci balik sampai licin.

Featured Sun, 24 May 2020
#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Ajak Mandi Hujan, Dai Syed Akur Layan Ragam Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri, pengacara Hana Ismail terus menjadi tumpuan warganet selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.   View this post on Instagram   A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_) Menerusi […]

error: Content is protected !!