Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 20, 2018 @ 2:30pm

Ais Krim Durian D24 Bikin Kecur Air Liur. Nah, Ini Resepinya

Sekarang ini sana sini orang asyik update pasal durian. Ada yang kata, musim durian kali ini harga durian lebih murah. Betul ke?

Alang-alang durian murah, penggemar durian mesti borong banyak kan. Selain makan begitu saja, ada yang makan dengan pulut nasi, buat kek, tempoyak dan serawa durian. 

Apa kata kali ini anda cuba pula buat ais krim durian. Mudah sangat! Nah, ini resipi ais krim durian D24 yang sangat sedap dan creamy. Tak percaya, cubalah.

Bahan-bahan:

1/2 cawan durian D24

1 – 2 sudu besar susu pekat

250ml krim putar

1/2 sudu kecil ovalette

1/2 sudu kecil esen vanila

Pewarna Makanan

Cara-cara:

1. Masukkan setengah cawan durian D24 yang dibuang biji ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur.

Nota:

  • Anda boleh menggunakan durian jenis lain. 
  • Kuantiti durian juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera.
  • Tak perlu kisarkan durian sehingga terlalu hancur untuk rasa isi dan ketulannya

2. Kemudian masukkan susu pekat dan kisar sehingga adunan sebati.

Nota: Susu pekat boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kemanisan buah dan citarasa masing-masing. 

3. Masukkan krim putar ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer sehingga kembang.

4. Selepas itu, masukkan adunan durian dan susu pekat yang dikisar tadi ke dalam mangkuk krim putar. Masukkan juga ovalette, esen vanila serta pewarna dan adun kesemua bahan itu dengan mixer sehingga kembang dan gebu.

5. Akhir sekali, tuangkan adunan tersebut ke dalam bekas tupperware dan letakkan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Lihat video di bawah sebagai rujukan. Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Feb 2021
Featured Fri, 30 May 2025

Misi Berbasikal Amar Baharin Akhirnya Tamat Di Madinah, Amyra Rosli Luah Rasa Bangga!

Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila misi kayuhan suaminya, Amar Baharin berakhir.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Cinta pandang pertama ke ni gais? Hehehehe comel jee! Tak sabar pula min nak tunggu drama Melur Untuk Firdaus 2 😚🤩

Featured Tue, 28 Sep 2021
familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

Featured Thu, 13 Feb 2025

Zahnita Wilson Mengaku Pernah Ke Wad Psikiatri -“Saya Melihat Banyak Pesakit Yang Lebih Teruk Dari Saya”

“Saya mungkin hilang arah pada waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah,”-Zahnita

error: Content is protected !!