Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 22, 2018 @ 1:00pm

5 Kesilapan Penggunaan Foundation Yang Boleh Buat Jerawat Anda Jadi Lebih Teruk

Bila muka anda berjerawat atau muka anda mula breakout, mesti anda akan terfikir untuk cover kecelaan itu dengan foundation atau concealer.

Walaupun ia mungkin efektif dari segi luaran, anda juga patut tahu yang ia boleh membuatkan jerawat anda jadi lebih teruk jika anda tak berhati-hati.

Jadi, lepas ini bila anda menyapu concealer ke atas jerawat yang meradang, pastikan anda elak daripada melakukan kesilapan yang orang biasa buat seperti yang disebut di bawah. Takut lagi memudaratkan pula kulit anda.

1. Anda tak “prep” kulit anda dengan betul

Image result for putting on makeup primer

Foto: Glossybox

Setelah pakai produk seperti pelembap atau serum, anda patut pakai primer dulu sebelum memakai foundation. Primer ini akan tolong melindungi liang pori anda daripada tersumbat. Jika anda tak nak pakai primer pun, pastikan anda pakai pelembap yang secukupnya supaya ada penghadang di antara kulit dengan produk makeup.

2. Anda memakai makeup dengan jari

Tahu tak? Jari anda membawa banyak kuman dan jika anda menggunakannya untuk apply makeup, kulit anda boleh jadi meradang. Mestilah anda boleh cuci dulu tangan anda sebelum itu, tapi itu mungkin tak cukup. Lagi bagus jika anda pakai berus atau span, tapi alat-alat itu pun mesti bersih setiap kali mereka digunakan.

3. Anda tak cuci berus makeup anda selalu

Foto: prachyaloyfar/Shutterstock

Jika ia dibiarkan kotor, itu bermakna anda menyapu balik produk makeup lama dari hari-hari sebelum ini ke atas kulit anda. Ini juga bermakna minyak dan kuman dari dulu pun ditempekkan balik ke muka anda berkali-kali. Eee! Mana tak berjerawat lagi? Anda disarankan mencuci berus makeup anda setiap 2 minggu, menurut Teen Vogue.

4. Anda menggunakan foundation yang salah

Sesetengah ramuan dalam makeup boleh menyumbat liang pori, dan ini akhirnya akan menyebabkan jerawat. Jadi anda perlu beri perhatian kepada ramuan dalam produk yang anda gunakan. Seelok-eloknya gunakan foundation yang dilabel sebagai hypo-allergenic atau non-comedogenic untuk elakkan liang pori tersumbat.

5. Anda gunakan terlalu banyak bedak

Ramai orang yang mengalami breakout juga mempunyai kulit berminyak. Mungkin sebab itu, mereka tempek bedak banyak-banyak di muka untuk cover minyak itu. Malangnya, kalau pakai bedak terlalu banyak, foundation anda akan nampak tebal semacam dan ya, liang pori anda akan tersumbat. Teen Vogue mencadangkan anda untuk guna setting spray yang membuatkan kulit anda nampak matte. Tunggu dia kering, lepas itu touch up dengan bedak translucent apabila perlu.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

7 Manfaat Concealer Stick Yang Bukan Sekadar Menghapuskan Mata Panda!

Penggunaan concealer stick ini pelbagai guna rupanya!

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018
Oh Lawa Sun, 21 Jan 2018

Tip Pilih Jam Tangan Ikut Acara

Terdapat banyak jenis serta pilihan rekaan jam tangan di pasaran yang boleh dimiliki mengikut citarasa masing-masing. Namun, pemilihan jam yang betul sangat penting agar tidak mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Sat, 25 Aug 2018
Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Walaupun Dikecam, Koleksi Tudung Neelofa Sold Out Dalam Masa 2 Minit!

Wah! Kuat juga kan pengaruh Neelofa ni? Semalam, kecoh di media sosial apabila dia dikecam Netizen kerana melancarkan koleksi tudungnya Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara iaitu Zouk.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 29 Jan 2018

Jubah Do’s & Don’ts

Jubah adalah item fesyen perlu ada untuk Muslimah. Ringkas, mudah disarung dan versatil untuk pelbagai acara.

error: Content is protected !!