Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom July 24, 2018 @ 1:30pm

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Second child syndrome atau sindrom anak kedua, adalah sebuah istilah yang wujud berdasarkan satu kajian oleh sekumpulan pakar perubatan dan ahli psikologi di Amerika Syarikat, bagi merungkai sifat dominan anak kedua selain sikap gemar memberontak dan rebellious.

Faktor kelahiran anak kedua yang tidak begitu mengujakan ibu-bapa sebagaimana menyambut kehadiran anak pertama menyebabkan mereka seringkali berasa terasing sekaligus membentuk sikap mandiri secara semulajadi.

Anak kedua seorang yang sanggup berdepan risiko dan percaya pada keputusan yang dibuat kerana kebanyakan mereka seorang yang berani.

Di sebalik ciri strong character yang dimiliki mereka, anak kedua juga seorang yang mudah mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?

Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.

Ini antara beberapa fakta menarik mengenai anak kedua daripada perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler.

Foto: Fairfax County

1. Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Adakala, ibu bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.

Jadi, tinggallah anak kedua seorang diri dan kurang mendapat perhatian keluarga. Maka, tidak hairanlah anak kedua selalu kita lihat mempunyai sahabat baik atau BFF atau Best-Friend-Forever. Mereka mempercayai sahabat baiknya itu adakala melebihi keluarga sendiri.

2. Suka bergaul

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain.

Jadi  kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.

3. Kreatif dan fleksibel, suka kebebasan

Foto: CareerAddict

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerja yang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat.

Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

4. Unik

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

5. Masalah hubungan

Foto: Aunty Acid

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Cara mengendalikan emosi anak kedua

Cara untuk mengurangkan sifat negatif pada anak kedua ini adalah dengan memberikan perhatian yang lebih kepada anak kedua ini. Dengan itu, mereka akan membesar dengan mempunyai peribadi dan karakter yang baik.

Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang. Sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.

Sumber: Sinar.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 7 Mar 2019
familuv Tue, 31 Jul 2018

Anak Terpengaruh Dengan Iklan Makanan, Ibu Bapa Usah Terlalu Turut Kehendak Mereka

Iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun.

familuv Sat, 19 Oct 2019

Ingin rujukan mudah dan menarik untuk mengurus wang anda? Dapatkan e-buku ini!

Bukan untuk orang dewasa sahaja, untuk kanak-kanak pun ada

familuv Wed, 31 Oct 2018

Ciuman Mulut Beri Kebaikan Kepada Kesihatan Suami Isteri

Ciuman mulut ke mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit.

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

familuv Thu, 4 Jul 2019

Contoh 10 ‘salah laku’ ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Didik anak supaya hormat bukan takut kepada ibu bapa!

familuv Fri, 26 Jul 2019
familuv Tue, 4 Sep 2018

Periksa Almari Anak Anda Untuk Ketahui Sama Ada Mereka Mempunyai Simptom Seorang Pengkid

Jika terdapat banyak barangan lelaki di dalam almari anak gadis anda, jelas sekali mereka sedang berdepan dengan krisis identiti.

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

error: Content is protected !!