Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 25, 2018 @ 6:00pm

8 Fakta Menarik Tentang Putera George, Anak Comel Putera William Dan Kate Middleton

Putera George dah berumur 5 tahun sekarang!

Saban tahun, anak pertama bagi pasangan Putera William dan Kate Middleton dari Britain ini sering mempersonakan kita dengan rupa dan personalitinya yang comel.

Sempena hari jadinya Ahad lalu, keluarga diraja Britain telah kongsikan gambar rasmi terbaru putera cilik ini. Selama ini dia selalu malu apabila gambarnya ditangkap tapi di dalam gambar ini, dia tersenyum girang!

Foto: Matt Porteous/PA Wire

Gambar ini ditangkap di taman Clarence House setelah tamatnya majlis pembaptisan adiknya Putera Louis pada 9 Julai lalu.

Sempena hari jadi George juga, jom kita tinjau perkara-perkara atau informasi menarik tentang putera cilik ini.

1. Dia mempunyai nilai bersih yang besar

Secara tepatnya, dia mempunyai nilai bersih (net worth) sebanyak USD3.6 billion. Wow!

Memandangkan dia seorang putera, ramai peminat keluarga diraja Britain telah menghadiahkan pelbagai jenis barangan yang sesuai dengan gayanya. Antaranya adalah selimut dan seluar pendek yang dia pakai. Ini secara tak langsung meningkatkan nilai bersihnya terhadap ekonomi Britain.

Jumlah ini adalah kurang daripada adik perempuannya Puteri Charlotte yang dijangka bernilai bersih sebanyak USD5 billion. Ini adalah disebabkan oleh jantina perempuannya dan pakaiannya yang boleh mendapatkan peluang kewangan lebih besar daripada industri fesyen.

Foto: Getty

2. Dia mempunyai 2 middle name

Nama penuhnya adalah George Alexander Louis.

George: Diambil oleh ayahanda Ratu Elizabeth, Raja George VI yang bertakhta selama 16 tahun. Ia juga berkaitan dengan saint negara England, iaitu Saint George.

Alexander: Dalam bahasa Greek, ia bermaksud “defender of men (pembela manusia)”. Nama ini ada kaitannya dengan Raja Willem-Alexander dari Holland, Alexander the Great, serta ramai pensyair dari serata dunia. Ada potensi juga ia diambil daripada Ratu Victoria, di mana nama penuhnya adalah Alexandrina Victoria.

Louis: Putera Louis dari Battenberg adalah nama moyang William, serta nama Lord Mountbatten, bapa saudara kepada Putera Philip (suami Ratu Elizabeth).

Foto: Getty

3. Dia ada 7 ibu bapa angkat

Selalunya anak orang putih akan ada seorang atau dua orang ibu bapa angkat (godparent) saja. Disebabkan oleh tradisi keluarga diraja, George pula ada 7! Mereka adalah Earl Grosvenor, Jamie Lowther-Pinkerton, Julia Samuel, Zara Tindall, William van Cutsem, Emilia Jardine-Paterson, and Oliver Baker.

Mereka ini adalah teman rapat bagi William dan Kate, malah Julia juga rapat dengan mendiang ibu William, iaitu Puteri Diana, dan Zara ialah sepupu William.

4. Dia sering berjumpa dengan orang kenamaan dari seluruh dunia

Ketika berumur 2 tahun, dia diberi peluang untuk tidur lambat supaya dia boleh berjumpa dengan bekas presiden Amerika, Barack Obama dan isterinya Michelle Obama pada tahun 2016. Comel!

Foto: Getty

5. Dia memiliki koleksi barang mainan yang menakjubkan

Pada tahun 2014 saja, dia telah menerima 706 hadiah mainan daripada kesemua lawatan diraja yang William dan Kate telah pergi. Antara hadiah yang paling best George pernah terima termasuklah kerusi goyang kuda oleh keluarga Obama, jersi Cleveland Cavaliers oleh LeBron James, seekor “buaya diraja” dan batu lapis lazuli oleh Pope Francis.

Foto: Getty

6. Dia pemalu tapi nakal

Kate dan William pernah mengaku yang kadangkala George ini susah untuk dijaga kerana nakal sangat! Dulu masa George masih seorang bayi, William mengatakan yang George ketika itu mengingatkannya kepada zaman di mana William dan adiknya Putera Harry masih kecil; sama nakal. Bila George dah besar, kenakalannya tak hilang-hilang.

Foto: Getty

7. Dia dah pernah menghiasi muka depan majalah terkemuka

Untuk hari jadinya yang pertama pada 2014, George muncul di cover Vanity Fair. Bukan itu saja! Dia juga telah diberi coverage dalam majalah tersebut yang menceritakan tentang pengasuhnya serta lawatannya ke New Zealand dan Australia. Selepas itu, dia telah menghiasi banyak lagi majalah lain.

8. Dia mungkin tak tahu yang dia akan menjadi raja kepada Britain

Selepas Putera Charles dan William, George adalah pewaris ketiga untuk takhta Britain. Tapi William berkata kepada BBC pada 2016 yang sekarang ini mereka tiada niat untuk memberitahu George tentang peranan dirajanya pada masa depan.

“Saya sayangkan anak-anak saya sama seperti bapa-bapa lain menyayangi anak mereka. Saya harap George akan menyayangi saya dengan gaya yang serupa.

“Kami normal dari segi itu. Nanti akan ada masa dan tempat yang sesuai untuk George memahami tanggungjawabnya di dalam dunia ini.

“Buat masa ini, keutamaan kami adalah mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil untuk George dan menunjukkan sedalam mana kasih sayang kami terhadapnya.”

Foto: Getty

Sekarang nampaknya George tengah sibuk berseronok dan menikmati zaman kanak-kanaknya. Baguslah. Semoga dia membesar dengan baik dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang menantinya.

Kekal comel, ya, George!

Bonus: Gambar keluarga William dan Kate, serta anak mereka George, Charlotte dan Louis.

Foto: Matt Holyoak/Camera Press

Sumber: Good Housekeeping

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Dec 2024

Jual Video L*cah & Tawar Khidmat Pers*ndalan, Hot Daddy & 2 Rakan Wanita Kini Diburu Polis

Tindakan pengesanan dibuat termasuk pengesahan pergerakan mereka keluar negara.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

Drama Fri, 3 Mar 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!