Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin August 7, 2018 @ 2:00pm

Ambil Tahu Jangka Hayat Produk Solekan Anda. Jangan Tahu Guna Saja!

Wanita memang suka bermakeup, kadang-kadang setiap bulan ada saja item solekan yang akan dibeli. Namun, pernahkan anda menitik beratkan soal jangka hayat semua koleksi makeup anda? 

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak pernah ambil kisah tentang perkara ini, selagi rupa bedak asas dalam botol itu nampak cantik dan tidak berubah teksturnya, selagi itulah anda akan pakai. Kalau anda tak percaya, anda boleh lihat pada gambar di bawah di mana produk solekan yang dah expired mengandungi bakteria.

Foto: JustJill Cosmetics

Jangan begitu ya, setiap produk solekan mempunyai jangka hayatnya tersendiri, kalau anda guna yang dah tamat tempoh ia akan memberi kesan buruk pada kesihatan wajah anda.

Ini kerana, produk solekan yang dah expired akan mengandungi bakteria berbahaya membolehkan anda mengalami penyakit seperti Meningitis, Enterbacter (jangkitan pada usus) dan otak akan dijangkiti bakteria. Bukan itu saja, wajah anda juga akan mengalami jerawat, kemerahan, bengkak dan sebagainya. Takut kan?

Jadi, anda perlu tahu setiap item solekan mempunyai jangka hayatnya. Jom semak!

Sebelum anda membeli sesuatu produk, ada perlu lihat pada label yang menunjukkan tempoh yang disarankan terhadap setiap produk tersebut.

Foto: Insider

Walaupun begitu, anda juga perlu sentiasa semak jangka hayat setiap produk solekan kerana setiap item adalah berbeza jangka hayatnya.

1. Maskara

Foto: Vemale.com

Kalau anda nak tahu, maskara antara produk solekan yang cenderung untuk pertumbuhan bakteria. Ini kerana, warna maskara yang gelap dan teksturnya yang lembap sangat mempengaruhi pembiakan bakteria sekaligus berpotensi menyebabkan banyak jenis jangkitan.

Sekiranya anda menghidu sesuatu yang berbau busuk pada maskara anda, ia adalah salah satu tanda bahawa anda perlu membuangnya. Untuk pengetahuan anda, lebih selamat anda menggantikan maskara yang baharu pada setiap 3 bulan.

2. Bedak asas 

Foto: BeautyHealth

Bagi bedak asas jenis cecair biasanya anda boleh lihat pada perubahan dalam warnanya, tekstur dan bau. Biasanya, bedak asas jenis ini boleh bertahan sehingga 1 tahun selepas dibuka, manakala bedak asas bertekstur minyak boleh bertahan sehingga 18 bulan.

Sekiranya, anda menggunakan bedak asas yang dah expired, ia boleh menyumbat pori-pori wajah dan akan menyebabkan jerawat.

3. Bedak tabur dan pemerah pipi

Foto: Toodia

Produk solekan yang berbentuk serbuk ini akan bertahan selama 2 tahun. Agak lama kan? Ini kerana, bakteria tidak akan berkembang dalam persekitaran yang kering. 

Walaupun ia memiliki tempoh jangka hayat yang lama, anda tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap produk solekan ini. Yang paling penting, anda perlu sentiasa mencuci setiap berus atau span makeup agar ia tidak memindahkan bakteria kepada wajah anda.

4. Eyeshadow

Foto: Lukasstehlik.cz

Walaupun eyeshadow dikira sebagai tekstur yang berserbuk dan boleh bertahan 2 tahun, anda perlu gantikannya dengan eyeshadow yang baharu dengan lebih kerap kerana ia digunakan pada sekitar mata anda. Mata dianggap kawasan yang sensitif dan apabila terkena jangkitan bakteria ia boleh menjadi lebih bahaya. 

5. Liquid eyeliner

Foto: Shape Singapore

Menurut pakar, kesan kemerahan, bengkak dan jangkitan mata adalah salah satu kesan sampingan daripada penggunaan produk mata yang telah expired. Jangka hayat untuk produk ini adalah 18 bulan selepas dibuka.

Sekiranga, eyeliner anda sudah berubah warna ataupun sudah kering, anda perlu membuangnya dan gantikan dengan yang baharu.

6. Lipstick dan gloss

Foto: Youtube

Sekiranya gincu kegemaran anda telah berubah daripada segi teksturnya, anda perlu buang ya! Untuk pengetahuan anda, mulut manusia sebenarnya antara kawasan bakteria yang mudah berkembang iaitu 100 juta bakteria dalam setiap mililiter air liur. Sebaiknya, anda harus menjaga kebersihan mulut anda dan tukar gincu anda setiap 18 bulan selepas dibuka.

So, lepas ini anda harus sentiasa semak tempoh jangka hayat produk solekan anda. Lagi bagus apabila selepas ia dibuka, anda boleh label tarikh expirednya supaya lebih jelas. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Daily Vanity

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Wed, 28 Jul 2021

“Jangan Buang Masa”- Redza Minhat Mahu Golongan Antivaksin Dipulaukan

Setelah timbul pelbagai isu mengenai golongan antivaksin dalam kalangan selebriti tempatan sendiri, pelakon Redza Minhat mengambil pendekatan dan memberi nasihat agar orang ramai  memulau golongan ini. Menerusi laman Twitternya, Redza menulis bahawa gologan seperti ini […]

#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
familuv Mon, 24 Sep 2018
Featured Sat, 16 Mar 2024
Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Wed, 20 Oct 2021

Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti. Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama […]

error: Content is protected !!