Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom August 13, 2018 @ 6:00pm

Amalan Pupur Kopi Boleh Buat Kulit Anda Nampak Muda, Suka Ke Tidak?

Rupa ‘tua sebelum usia’, antara penyebab dan puncanya adalah kerana kondisi kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya. Apatah lagi kalau anda adalah sejenis pemalas nak merias diri ke pejabat. 

Laman web Bright Side tampil dengan tip kecantikan yang mudah dan mampu menaikkan seri wajah terutamanya selepas bangun pagi.

Jangan terlalu ghairah nak cantik sampai terlupa mandi pula! Selepas siap mandi, amalkan pupur ini setiap pagi selama dua minggu dan lihat hasilnya.

Perkara yang kamu perlukan hanyalah serbuk kopi halus dan susu rendah lemak. Bukan untuk minum, tetapi sebagai pupur wajah. Bukan setakat boleh dipakai pada wajah tetapi ia juga boleh dilumur di seluruh badan. Memang meletopslah kulit jawabnya!

Bahan yang diperlukan

1. Serbuk kopi halus

Dapatkannya di pasar raya ataupun buat sendiri dengan menggunakan mesin pengisar untuk membancuh kopi. Lagipun serbuk kopi tersebut akan dibuang selepas membancuh kopi. Jangan gunakan serbuk yang kasar, bimbang melecet pula kulit nanti!

Foto: apen.org.ni

2. Susu segar

Lebih bagus jika anda menggunakan rendah lemak, kerana serbuk kopi menghasilkan minyak yang cukup melembapkan kulit kamu.

Foto: goodGround

Cara penyediaan

Campurkan serbuk kopi dengan susu segar dan gaul sebati sehingga ia menjadi pes yang pekat. Gunakan sudu untuk mengoles pupur ke wajah. Kamu juga boleh meletakkan beberapa titis minyak essential seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun ataupun sedikit madu organik.

Elakkan daripada mengoles pupur di bahagian mata dan bibir. Biarkan pupur kering dalam 15-20 minit dan bilas dengan air suam. Sebagai penutup, bilas sekali lagi dengan air sejuk untuk menutup pori wajah. Kemudian jangan lupa pakai serum dan krim pelembap sebelum memakai mekap.

Kebaikan

Pupur ini membuatkan wajah kamu segar, melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki kompleksi kulit supaya menjadi lebih sihat.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Wajah Polos Tidak Bermaya? Ini Tutorial Solekan Paling Mudah & Jimat Untuk Beginner

Solekan juga dapat membantu untuk menutupi cela pada wajah selain mengelakkan kulit muka nampak suram atau pucat.

Oh Lawa Mon, 3 Jun 2019

Ini 4 jenis beg tangan yang golongan wanita wajib ada

Demi sebuah beg, hutang puluh ribu pun wanita sanggup.

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Solekan Tropikal Serlahkan Gaya Lebaran Si Gadis Di Kampung Halaman

Solekan inspirasi tropikal berupaya untuk menyerlahkan seri wajah lebih-lebih lagi ketika bergambar atau swafoto sambil dilatari suasana desa yang nyaman.

Featured Mon, 5 Nov 2018
Oh Lawa Thu, 14 Feb 2019

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah! 

Pemakaian mutiara dipadankan dengan busana indah, sememangnya tampak cukup elegan. 

Oh Lawa Tue, 19 Mar 2019

Cuaca panas? Cuba 10 gaya gaun ini untuk kekal nyaman sepanjang hari!

Gaun adalah pilihan terbaik ketika cuaca panas terik

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Featured Tue, 11 Jun 2019
Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Koleksi 1957 By Joe Flizzow, Bikin Semangat Patriotik Membara!

Berpaksi warna-warni Jalur Gemilang, rekaan ini cukup menebal dengan ciri personal style Joe Flizzow.

Oh Lawa Sat, 25 Aug 2018
error: Content is protected !!