Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 16, 2018 @ 6:30pm

4 Sebab Anda Mesti Tengok Filem Crazy Rich Asians, No. 3 Paling Awesome!

Sekarang orang ramai asyik sebut-sebut dan excited pasal filem Hollywood yang bertajuk Crazy Rich Asians.

Bukan orang-orang Asia saja; peminat filem di negara-negara barat pun tak habis-habis bercakap tentangnya!

Best sangat ke filem terbitan Warner Bros. Pictures ini? Ia diarahkan oleh Jon M. Chu (filem yang pernah dia arahkan: Now You See Me 2, G.I. Joe: Retaliation) dan diadaptasikan daripada novel popular oleh Kevin Kwan.

Jom kita lihat apa yang membuatkan semua orang tak sabar-sabar nak tonton. Dengar cerita, rakyat Malaysia pun akan enjoy. Kenapa ya?

1. Ia berlatarbelakangkan kehidupan orang Asia 

Filem romantik komedi ini berkisarkan tentang seorang profesor ekonomi Rachel Chu yang telah terbang ke Singapura dari New York untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan baik teman lelakinya Nick Young.

Sebelum ini Rachel tak tahu langsung tentang asal usul Nick yang tinggal dengannya di New York. Tapi bila dah sampai ke kampung halaman Nick di Singapura, Rachel terkejut beruk.

Rupa-rupanya boyfriend dia ini datang dari salah sebuah keluarga terkaya di Asia! Laaa, Nick tak pernah pun beritahu!

Pelbagai macam drama berlaku kepada pasangan ini, termasuklah percanggahan di antara budaya Asia dan barat, serta ketegangan di antara keluarga Cina yang kaya di Singapura dan golongan kaya baru.

Foto: Sanja Bucko/Warner Bros. Entertainment Inc. and RatPac-Dune Entertainment LLC

2. Ada 2 pelakon kelahiran Malaysia yang berlakon dalam filem ini!

Jika anda masih tak tahu, pelakon yang memainkan watak Nick adalah hos TV kacak, Henry Golding!

Foto: Instagram Entertainment Weekly

Dia berketurunan Iban dan berdarah campur Inggeris. Fuuuh, sesuailah untuk watak utama yang kaya-raya.

Sementara itu, ibu Nick, Eleanor yang garang dilakonkan oleh pelakon aksi tersohor, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh. Wow!

Rakyat Malaysia patut bangga kerana bakat yang datang dari negara kita berjaya diketengahkan.

Foto: Sanja Bucko/Warner Bros. Entertainment Inc. and RatPac-Dune Entertainment LLC

Selain mereka, antara barisan pelakon Crazy Rich Asians termasuklah Constance Wu, Michelle Yeoh, Awkwafina, Ken Jeong, Ronnie Chieng dan Gemma Chan.

3. Ia merupakan filem Hollywood pertama dalam 25 tahun dengan barisan pelakon yang sebahagian besarnya berketurunan Asia.

Fuyo! Patutlah filem ini disanjung tinggi di Amerika! Bukan senang untuk hasilkan filem di mana semua pelakonnya berdarah orang Timur.

Maklumlah, walaupun dunia lakonan di Hollywood sekarang dah mula mengambil dan mengenengahkan bakat-bakat asing, masih ada kekangan untuk pelakon Asia maju di sana. Contohnya, filem Doctor Strange. Watak orang Asia pun pelakon orang putih yang main!

Tak pernah ada filem Hollywood yang menampilkan barisan pelakon all-Asian, sampailah Joy Luck Club ditayangkan pada 1993. Ia disusuli dengan Crazy Rich Asians dan ia telah memberi impak yang bermakna kepada pelakon-pelakon berdarah Asia di Hollywood.

Foto: Emma McIntyre/Getty Images.

4. Pengambaran filem ini telah dijalankan di Malaysia

Memandangkan setting Crazy Rich Asians adalah di Singapura, tak sahlah kalau mereka tak singgah ke Malaysia, kan?

Ada beberapa babak yang difilemkan di sini. Antaranya adalah seperti di bawah:

Carcosa Seri Negara

Foto: Traveloka

Rumah Agam Cheong Fatt Sze

Foto: Hotels.com

Foto: Pinterest

Pulau Langkawi

Foto: Instagram Henry Golding

Four Seasons Resort Langkawi

Foto: Four Seasons

The Lakehouse, Cameron Highlands

Foto: Booking.com

Tempat-tempat lain termasuklah Pulau Rawa dan Melaka.

Hmm… nampak macam menarik! Kalau anda suka tonton filem romantic comedy, anda gerenti akan suka Crazy Rich Asians.

Lebih-lebih lagi kerana kita besar kemungkinan boleh relate dengan budaya Asia yang ditonjolkan.

Penulis tak sabar untuk tonton adegan Michelle Yeoh sebagai ibu yang elegant tapi garang. Sesuai sangat dengan perwatakan pelakon yang classy itu!

Nanti bila filem ini keluar di pawagam, jom tengok, okay? Sebelum itu, jom tengok trailer dulu.

Sumber: Malay Mail, Wikipedia, Expatgo, 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Dec 2019
Trending Wed, 30 Dec 2020
Trending Tue, 27 Nov 2018

Melamar Di Stadium BUKAN Gimik, Lelaki Gentleman Ini Dedah Cerita Sebenar

Mula-mula saya pun takut nak melamar di stadium maklum saja bimbang penerimaan penonton…

Trending Mon, 24 Sep 2018
Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Featured Mon, 14 May 2018

Trafik Laman Sosial Pelakon Ben Amir Sesak Gara-Gara Dikatakan Seiras Wajah Syed Saddiq

Pelakon meningkat naik Ben Amir terkejut apabila akaun Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen netizen yang mengaitkan wajahnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Featured Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Manusia Tak Akan Berubah Hanya Kerana Rasa Takut” – Zizi Kirana

Zizi Kirana sifatkan manusia berubah mengikut kemahuan sendiri

error: Content is protected !!