Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops August 27, 2018 @ 3:00pm

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Golongan wanita mesti tercari-cari jenama atau design high heels macam mana yang paling selesa untuk dipakai. Memang susah!

Selalunya, setelah pakai sesuatu pasang itu beberapa kali, barulah kaki kita dah terbiasa dengan bentuknya. Barulah selesa. Tapi walaupun begitu, adakah ia bagus untuk kesihatan anda?

Menurut Tania Kapila, seorang doktor dalam bidang perubatan podiatrik (kaki, buku lali dan yang sewaktu dengannya), tak ada high heels yang ideal di luar sana kerana mereka semua menyebabkan trauma kepada kaki si pemakai. Bukan saja dari segi sakit sendi atau otot, tapi juga kematu dan ketuat. Aduh!

“Perkara yang anda perlu praktikkan adalah kesederhanaan. Untuk satu malam, anda boleh pakai high heels tapi tahulah yang esoknya kaki anda akan rasa sakit. Pakai pada satu malam saja adalah lebih baik daripada pakai high heels setiap hari,” katanya.

Hmm… tapi bagaimana kalau ”kesederhanaan” ini bukan dalam pilihan kita? Yalah, kebanyakan daripada kita mungkin hanya pakai stiletto 5 inci di acara-acara istimewa, tapi kena juga pakai kasut bertumit tinggi ke pejabat setiap hari.

Foto: nicershoes.com

Tak apa, tak apa. Kalau itulah kesnya, anda boleh kurangkan risiko sakit kaki anda dengan memilih high heels yang betul-betul selesa untuk dipakai.

Di sini, Tania telah kongsikan beberapa tip yang anda boleh gunakan ketika membeli.

Yang mana satu nak beli?

1. Periksa ketinggian tumit kasut itu. Jika ia terlalu tinggi, ia akan menyebabkan jari kaki dan bahagian depan tapak kaki anda “jam” setiap kali anda berjalan. Ketinggian yang terbaik adalah di antara satu dan dua inci.

2. Berikan tumpuan kepada bahagian depan kasut itu, di mana jari kaki terletak apabila anda memakainya. Adakah ia runcing atau melengkung? Kasut yang terlalu runcing akan lagi squeeze kaki anda berbanding kasut yang melengkung bahagian depannya.

3. Elakkan daripada membeli kasut bermaterial keras seperti kulit dan vinyl yang boleh menyebabkan kaki berpeluh dan akhirnya menambahkan risiko untuk jangkitan kulat. Cari material yang boleh bernafas seperti suede.

Bila nak beli?

Tak kira apa stail yang anda ingini, ada satu lagi faktor yang menentukan sama ada kasut anda akan menyakitkan kaki atau tidak: bila dalam satu hari itu anda memilih untuk beli kasut.

Menurut Tania, saiz kaki berubah-ubah sepanjang hari kerana ia mengembang. “Masa yang paling sesuai dalam satu hari itu untuk shopping kasut adalah bila-bila selepas waktu tengahari, berbanding dengan pada waktu pagi.

“Mana-mana saiz yang muat kaki anda pada waktu bagus ini adalah saiz kasut yang anda patut beli.”

Okay, dah dapat idea? Bolehlah pergi shopping lepas ini! Pilih yang betul, ya!

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

Jika Penampilanmu Onz Saat Menggayakan Beg Transparent Ini, Sah Anda Memang Stailo!

Koleksi beg plastik ini harus dijadikan koleksi wardrobe anda!

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Koleksi Lebaran 3 Aktres Jelita Ini Pasti Buat Tetamu Terpukau Dengan Penampilan Syawal Anda

Sungguh menawan koleksi lebaran 3 pelakon popular ini. Rugi kalau anda tak beli!

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Oh Lawa Thu, 14 Mar 2019

Amalan kecantikan aneh dari seluruh dunia. Nombor 6 paling menyeksakan!

Setiap budaya mempunyai amalan kecantikan yang berbeza.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Featured Mon, 15 Jun 2020
Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Featured Tue, 21 Aug 2018
Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
error: Content is protected !!