Eat Travel By: Ad Ops August 31, 2018 @ 12:30pm

Teringin Nak Buat Croissant Berinti Coklat Sendiri? Ikuti Resipi Ini

Orang ramai ingat yang roti pastry “Croissant” berasal dari Perancis, tapi sebenarnya ia telah dicipta di Austria!

Croissant ini lain daripada yang lain disebabkan oleh tekstur isinya yang berlapis-lapis. Kalau makan, tak sah kalau cebisan kecilnya tak tumpah ke baju.

Anda pernah tak terfikir bagaimana ia dibuat sampai jadi berlapis-lapis begitu? Hmm, sekarang anda tak perlu agak-agak lagi. Jom cuba buat croissant sendiri!

Tapi resipi di bawah ini bukannya untuk jenis croissant yang berbentuk badam atau bulan sabit, ya. Sebaliknya, ia adalah resipi untuk pain au chocolate. Bentuk lain tapi sama berlapis. Roti ini pun anda mesti pernah nampak.

Foto: Tasty

Jom cuba!

Bahan-bahannya:

  • 500 gram tepung
  • 120 ml air
  • 120 ml susu
  • 50 gram gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 7 gram yis kering segera
  • 3 sudu besar mentega unsalted, pada suhu bilik
  • 1 ¼ cawan mentega unsalted, sejuk dan dihiris sebesar 1cm
  • 1 biji telur, dipukul
  • 2 keping bar coklat manis

Cara-caranya:

  1. Di dalam mangkuk besar, campurkan tepung, air, susu, gula, garam, yis dan 3 sudu besar mentega. 2. Apabila ia mula bergumpal, letakkan doh di atas permukaan rata yang bersih untuk proses menguli (seelok-eloknya counter dapur marmar tapi apa-apa pun, pastikan permukaan itu bersih!).
  2. Uli doh hingga ia menjadi bola, tapi jangan uli lebih-lebih sangat. Balut doh dengan plastic wrap dan sejukkan dalam peti ais selama sejam.
  3. Susunkan hirisan mentega sejuk di atas sehelai kertas minyak sebelah-menyebelah, dan letakkan lagi satu helai kertas minyak di atasnya.
  4. Hentak-hentak mentega itu dengan rolling pin (alat menguli). Kemudian uli pula (sekali dengan kertas minyak) hingga ia leper dan menjadi segi empat tepat sebesar 7 inci, dan setebal 1 cm. Kalau perlu, potong bahagia tepi yang terlebih uli, letakkan semula di atas kepingan butter yang lain tadi dan uli semula hingga ia menjadi saiz yang kita cari.
  5. Sejukkan lapisan mentega di dalam peti ais.
  6. Taburkan tepung ke atas permukaan counter. Buangkan plastic wrap yang membungkus doh tadi dan letakkan doh di atas counter.
  7. Tekankan rolling pin ke atas doh sekali secara mendatar dan sekali menegak supaya ia terbahagi kepada 4 bahagian.
  8. Dari tengah-tengah doh, uli doh mengikut arah ke luar bagi setiap daripada 4 penjuru itu. Kemudian uli lagi hingga ia menjadi segi empat tepat bersaiz 10 inci.
  9. Letakkan lapisan mentega yang disejukkan tadi di bahagian tengah lapisan doh dan lipatkan bahagian tepi doh hingga ia menutupi mentega.
  10. Uli doh dengan rolling pin untuk ratakan lipatan. Pastikan anda uli hingga doh itu panjang secara menegak, bukannya lebar.
  11. Alihkan doh ke atas kertas minyak dah tutup dengan plastic wrap. Sejukkan selama sejam.
  12. Di atas permukaan yang bertepung, uli doh hingga ia bersaiz 8 x 24 inci (20 x 61cm).
  13. Dalam minda, bahagikan lapisan doh panjang itu kepada 3 bahagian. Lipatkan bahagian atas ke tengah dan hapuskan serbuk tepung yang melekat.
  14. Lipat pula bahagian bawah ke tengah, dan rotate doh mengikut arah jam iaitu ke kanan. Ini merupakan pusingan yang pertama dan mengandungi 3 lapisan.
  15. Bungkus dengan plastic wrap dan sejukkan selama sejam untuk pastikan mentega sentiasa sejuk.
  16. Selepas itu, uli doh tersebut secara memanjang dan lipat supaya ia menjadi 3 lagi lapisan. Rotate ke kanan. Ini adalah pusingan kedua dan kini ada 9 lapisan kesemuanya! Balut dalam plastic wrap dan sejukkan selama sejam.
  17. Uli lagi secara memanjang, lipatkan macam tadi rotate ke kanan. Okay, sekarang dah ada 27 lapisan! Yay! Tapi kali ini anda perlu balut dalam plastic wrap dan sejukkan semalaman.
  18. Potong doh berlapis tadi kepada 2 bahagian. Simpan satu daripadanya di dalam peti ais.
  19. Taburkan tepung ke atas counter dan uli satu lagi bahagian doh hingga menjadi saiz 8 x 40 inci (20x101cm).
  20. Dengan pisau trim bahagian tepinya supaya kemas. Kemudian potong doh leper itu kepada 4 atau 5 bahagian.
  21. Letakkan sekeping kecil chocolate bar di salah satu hukung kepingan doh tadi dan gulung ketat-ketat.
  22. Letakkan doh yang bergulung ke atas kertas minyak di dalam loyang, bahagian lipatan ke bawah. 25. Ulang Langkah 21 ke 24 dengan dengan satu lagi bahagian doh yang telah disejukkan tadi.
  23. Sapukan telur ke atas permukaan kepingan croissant. Simpan yang selebihnya di dalam peti ais.
  24. Letakkan croissant di tempat panas supaya ia “naik” selama satu ke dua jam.
  25. Panaskan oven setinggi 200 darjah Celcius.
  26. Bakar croissant selama 15 minit atau hingga ia bertukar warna ke golden brown atau dan cukup masak. Hidangkan panas-panas.

Akhirnya siap! Fuuuh, rumit juga nak buat croissant ini, ya?

Jika instructions di atas susah untuk anda faham. Anda boleh rujuk pada video tutorial di bawah.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 30 Sep 2018
Eat Travel Sun, 10 Jun 2018

Puding Tiramisu Kastard Ini Memang Lembut Dan Enak Bila Dimakan!

Nikmati Puding Tiramisu Kastard yang super sedap ini untuk berbuka puasa.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Wed, 24 Jul 2019

Pernah tak anda makan pulut mangga, tetapi dalam versi bebola goreng?

Sentuhan unik ini pasti memikat! Jom cuba buat.

Eat Travel Wed, 22 Apr 2020
Eat Travel Thu, 31 May 2018

Bagai Pasar Malam Mewah, Bufet Ramadan Hotel DoubleTree By Hilton Sediakan Macam-Macam Juadah

Hidangannya seperti makanan yang selalu kita jumpa di pasar malam, tapi lebih mewah.

Eat Travel Thu, 9 Aug 2018

3 Restoran Yang Wajib Anda Singgah Di Bangsar

Mewang awesome betul menu mereka!

Acara Tue, 26 Nov 2019

Coffee Beans & Tea Leaf sediakan hadiah buat yang tersayang

‘Gifting Grateful’ ditawarkan sempena perayaan musim cuti

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

Eat Travel Thu, 13 Jun 2019

Cuba buat nuget kubis bunga berinti keju yang sihat ini, anak anda pasti suka!

Mudah sahaja untuk membuatnya, anak anda pun boleh tolong!