Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 3, 2018 @ 4:30pm

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Apa yang ingin dikongsikan ini adalah realiti kebanyakan orang tatkala merancang percutian terutamanya bagi yang memilih luar negara sebagai destinasi holiday mereka.

Membuat padanan pakaian bersesuaian keadaan cuaca dan worth untuk mengabadikan foto #ootd atau outfit of the day, perkara yang selalu dititik beratkan. 

Namun begitu, perihal penjagaan kecantikan ketika di luar negara pula sering dipandang remeh. Tidak kira di manapun anda berada, amalan penjagaan kulit harus dilakukan setiap hari secara konsisten.

Hijab & Heels senaraikan beberapa tip yang boleh diamalkan tatkala melancong.

1. Sengaja tidak membawa produk kecantikan kerana bimbang ianya tertumpah di dalam bagasi atau merancang membeli set baru di negara yang anda kunjungi, satu idea yang tidak begitu membantu. 

Ini kerana produk yang memasuki pasaran Malaysia tidak sama dengan negara lain berikutan formulasi produk yang dibuat diubahsuai mengikut kesesuaian cuaca sesebuah negara dan jenis kulit orang kita.

Sebaiknya bawa produk kecantikan anda sendiri dalam pack travel size.

Foto: Instagram Nadia Falaq

2. Regim produk kecantikan paling wajib dibawa adalah  pelembap muka dan bibir kerana tempoh penerbangan yang panjang boleh menyebabkan hidrasi. Pastikan kandungannya kurang daripada 100ml, supaya anda boleh membawanya di dalam hand luggage.

3. Jangan menggunakan kanta lekap ketika menaiki kapal terbang. Ini akan menyusahkan anda untuk tidur dan membuatkan mata cepat kering. Penitis mata adalah produk yang harus ada di dalam bagasi tangan.

4. Sebelum menaiki pesawat, lebih baik sekiranya rambut dibiar bebas daripada segala produk kerana bahan kimia yang dibiar terlalu lama pada rambut boleh merosakkannya.

5. Memandangkan perjalanan yang panjang, seelok-eloknya tidak mengenakan apa-apa solekan untuk mengelakkan pori-pori kulit ditutup yang boleh menjadi penyebab utama skin breakout.

Sumber: GLAM Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018

Choose The Right Wedding Dress For Your Body, Barulah Perfecto!

Ladies, bukan busana pengantin yang mahal kamu perlukan. Akan tetapi potongan yang sesuai bentuk tubuhmu.

Featured Tue, 16 Jun 2020
Oh Lawa Tue, 5 Jun 2018

Ringkas Dan Mudah, Ini Tutorial Gaya Tudung Bawal YB Nurul Izzah

Jom belajar cara nak gayakan hijab seperti YB Nurul Izzah ini. Pasti anda bertambah cantik dan manis!

Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Featured Fri, 7 Dec 2018
Oh Lawa Wed, 14 Nov 2018

Variasi Penggunaan Bedak Bayi, No. 4 Bikin Rambutmu Kelihatan Segar Sepanjang Hari

Bedak bayi bukan sekadar digunakan pada badan, malah boleh dipelbagai guna.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

error: Content is protected !!