familuv By: Yanie Baharom September 4, 2018 @ 10:38am

Periksa Almari Anak Anda Untuk Ketahui Sama Ada Mereka Mempunyai Simptom Seorang Pengkid

Sana-sini panas tentang isu LGBT. Apa itu LGBT? Haa, bagi yang tak tahu apa itu LGBT (adakalanya dipanggil GLBT) ia adalah akronim merujuk secara kelompok golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Basically LGBT ini adalah golongan yang mengamalkan homoseksual atau hubungan sesama jenis.

Bercakap mengenai LGBT, ia satu amalan atau budaya yang dilarang sama sekali dalam Islam. Selain membawa banyak kemudaratan kepada pengamalnya sebagaimana umum sedia tahu.

Bagaimana kita dapat membendung gejala yang semakin berleluasa ini sekaligus membantu insan tersayang terutamanya anak-anak kita sendiri?

Hijab & Heels ingin berkongsi informasi berguna ini sebagai panduan ibu bapa agar dapat mengawal tindak-tanduk anak anda demi memastikan mereka bukan salah seorang daripada hamba homoseksual ini.

Bagaimanapun panduan ini mengkhusus kepada anak gadis yang mempunyai ciri-ciri seorang pengkid.

Sebelum menyentuh karakter mereka, istilah pengkid mengikut perspektif bahasa Melayu adalah perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja wanita, juga lebih dikenali sebagai Lesbian.

Merungkai pengertian pengkid mengikut persperktif masyarakat Melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikan sifat kewanitaan. Dan mereka juga mengalami kecelaruan seksualiti.

Di samping itu juga, pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal. Golongan ini seakan-akan mempunyai bentuk tubuh badan seperti lelaki sehingga sukar untuk kita mempercayai bahawa mereka sebenarnya seorang wanita.

Foto: fchairsalon

Kenal pasti perilaku dan penampilan anak anda.

1. Berambut pendek, kikis tepi, gemar berkemeja-T dan berpenampilan 100% maskulin, anda jangan tengok saja sebaliknya beri teguran agar anak tadi kembali kepada lahiriahnya.

2. Jika anak anda selalu berpakaian seperti lelaki dan berambut pendek, perhatikan pula bahagian dadanya. Kalau nampak leper dan pelik saja tambahan pula di dalam almarinya terdapat beberapa helaian bengkung, segeralah jalankan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa.

3. Sering membawa pulang rakan perempuan yang sama dan rakan perempuan itu pula berpenampilan feminin. Perlakuan kedua-duanya sangat mesra dan intim.

4. Selain bengkung, jika barangan seperti boxer lelaki, minyak rambut lelaki, minyak wangi lelaki, boot atau erti kata lain terdapat banyak barangan lelaki di dalam almari anak gadis anda, jelas sekali mereka sedang berdepan dengan krisis identiti.

5. Suka berkumpul sesama mereka di tempat-tempat yang khusus.

6. Anak anda kaki gaduh di sekolah? Untuk pengetahuan anda golongan pengkid suka menunjukkan ‘kejantanan’ depan rakan-rakan dan ‘teman wanitanya’ sehingga sanggup bergaduh.

7. Terdorong memilih pekerjaan yang berat seperti jurutera dan mekanik.

8. Punya panggilan nama lelaki.

9. Jalan berkepak ala abang-abang.

10. Enggan memakai baju kurung sama ada ketika perayaan mahupun kenduri.

Sebenarnya terdapat banyak lagi ciri-ciri atau kelakuan aneh membabitkan golongan ini. Namun sepuluh perkara yang disenaraikan  di atas sudah cukup untuk ibu bapa segera bertindak. Ingat anak itu satu amanah Tuhan untuk dijaga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Apr 2020
Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Featured Tue, 30 Jan 2024
Featured Tue, 9 Mar 2021
familuv Wed, 13 May 2020