Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops September 7, 2018 @ 12:00pm

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Sushi adalah sajian tradisional di negara Jepun yang diminati oleh penduduk sedunia kerana ia merupakan makanan yang bagus untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, rupa-rupanya kebanyakan orang tak menggunakan teknik yang betul ketika makan.

Anda mesti ingat, “Laa, tak payah teknik-tekniklah. Akhirnya masuk ke dalam mulut dan perut juga!”

Itu memang betul, tapi kan lebih syok kalau kita fefeeling macam orang Jepun bila makan sushi? Kita juga akan menghormati tradisi mereka.

Menurut Chef Nobuyuki “Nobu” Matsuhisa, chef sushi terkenal dan pengasas bagi restoran terkemuka Nobu, antara kesalahan biasa termasuklah menggunakan chopsticks untuk makan, meletakkan kicap pada bahagian nasi sushi itu, dan mencampurkan wasabi dengan kicap.

Foto: www.toquemag.com

1. Makan dengan tangan, bukan chopsticks.

“Jika anda tak suka bau ikan, anda boleh gunakan chopsticks,” katanya kepada Daily Mail. “Tapi saya lebih suka apabila orang makan sushi dengan menggunakan jari. Ini adalah kerana chef sushi membuat sushi tersebut dengan jari mereka, dan dengan hati.”

Apa-apa pun, Chef Nobuyuki berkata lagi yang itu tak penting akhirnya. “Mana-mana pun boleh, asalkan anda selesa.”

2. Cicah sushi di bahagian lapisan ikan

Well, pertama sekali ramai orang tuangkan terlalu banyak kicap ke dalam bekas sos mereka. Sepatutnya anda hanya perlukan sikit saja. Kalau nak nanti baru tuang lagi.

Yang keduanya, anda tak patut cicah bahagian nasi sushi tersebut ke dalam kicap. “Nasi itu ibarat vakum, ia akan menyerap kicap. Kicap pula kan mengandungi banyak sodium. Ia tak bagus untuk anda.”

Sebaliknya, Chef Nobuyuki menasihatkan yang anda cicah di bahagian ikan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Foto: YouTube Business Insider

Betul juga. Lagipun, penulis rasa kalau anda celup bahagian nasi, nanti hancur pula bentuk sushi itu.

3. Jangan campurkan wasabi ke dalam kicap.

“Bila saya datang ke Amerika Syarikat, ramai orang mencicah sushi mereka dalam sos kicap wasabi,” kata Nobuyuki. “Ini tak betul, tapi saya sangka mereka memang sukakan rasa wasabi itu. Jadi saya pun mencipta sos lada wasabi yang kini telah menjadi sos signature saya.”

Cara tradisional Jepun untuk memakan wasabi dengan sushi adalah dengan mencicah sushi ke dalam kicap (sikit saja!) dan menggunakan chopsticks atau jari untuk letakkan wasabi (sikit saja!) di tengah-tengah lapisan ikan.

Foto: YouTube Business Insider

“Anda tak perlukan wasabi banyak-banyak,” ujarnya.

4. Makan sebiji sushi dalam sekali gigit (one bite).

“Saiznya memang muat untuk mulut anda. Sesetengah orang potong-potong sushi mereka dengan chopsticks sampai bersepah. Itu sebabnya saya suka makan dengan sekali gigit. Jangan gigit separuh-separuh.”

Kalau nak fahamkan tip-tip yang dikongsikan ini dengan lebih baik, rujuk kepada video di bawah ini.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia […]

Featured Wed, 7 Feb 2018

Datuk Fazley Kongsi 8 Tip Diet

Personaliti serba boleh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi 8 tips yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Tip mudah ini jika dilakukan secara berdispilin, pasti menunjukkan hasil.

Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵

Featured Wed, 8 Jan 2025
Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Ikan Berenang-Renang Di Kaki Anda Bila Lepak Minum Di Kafe Ini

Jangan risau, ikan-ikan ini tak akan gigit kaki anda!

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Featured Mon, 6 Jan 2025

Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

Janna menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki

error: Content is protected !!