Featured By: tex_admin September 21, 2018 @ 3:00pm

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Tangan dianggap anggota yang paling kotor dan tempat paling disukai oleh bakteria untuk membiak. Yela, setiap masa pasti kita akan menyentuh pelbagai objek dan tanpa disedari mungkin objek yang kita sentuh itu mempunyai bakteria. 

Bakteria secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada kesejahteraan tubuh badan kita. Jadi, ramai yang mengesyorkan penggunaan hand sanitizer sebagai pilihan ringkas untuk membersihkan tangan tanpa menggunakan sabun mahupun air.

Kita juga percaya bulat-bulat bahawa ianya adalah perbuatan yang sihat tanpa mengetahui yang sebenarnya hand sanitizer juga punyai keburukan tersendiri buat si pemakainya. Nak tahu kesan buruknya? Jom semak!

1.  Lemahkan sistem imun badan

Menurut penelitian yang dilakukan oleh pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Ini kerana, fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindungi tubuh dari terkena sebarang penyakit.

Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta mudah alergi.

2. Tubuh tak tahan dengan antibiotik berlebihan

Kita semua tahu bahawa antibiotik sangat berkesan dalam membunuh bakteria, tapi jika ia digunakan secara berlebihan akan membunuh bakteria yang baik juga.

Kesihatan anda pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.

Foto: Aliexpress

3. Ganggu kestabilan hormon

Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat menyatakan, kandungan “triclosan” boleh menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok dan bakteria tersebut bertindak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh badan kita.

4. Terdedah kepada bahan kimia

Jika anda mempunyai hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh!

Bukan itu saja, kandungan paraben dalam sesetengah produk hand sanitizer juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun fungsinya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk tersebut.

5. Risiko keracunan alkohol

Untuk pengetahuan anda, sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman. 

Menurut 1 kes yang berlaku di California, seorang remaja terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yang dipercayai terkandung dalam hand sanitizer.

Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati dalam menggunakan hand sanitizer. Penulis sarankan, lebih baik anda mencuci tangan menggunakan sabun kerana ia lebih dipercayai bersih dan tidak akan menjejaskan kesihatan anda.

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

“Lupa Nak Rakam, Boleh Berlakon Balik Tak?” – Imran Aqil Beri Dahlia Rizal Bunga, Ramai Peminat Single Meronta-Ronta

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh. @indomie.dGeram je i tgk perangai dia ni. Sib baik sayang ♬ original […]

Featured Fri, 9 Nov 2018

One Step Closer – Fasha Sandha Didakap Bahagia…

Masih berteka-teki tarikh pertunangannya, Fasha akan buat pengumuman rasmi.

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Featured Wed, 11 May 2022