Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops October 16, 2018 @ 11:11am

Yay! Isteri Putera Harry, Meghan Markle Disahkan Mengandung!

Setelah lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Putera Harry dari Britain, Meghan Markle disahkan sedang berbadan dua!

Kensington Palace (@kensingtonroyal), akaun Instagram rasmi bagi keluarga Putera William dan Harry, telah mengumumkan berita gembira ini pada petang semalam, beberapa jam setelah Harry dan Meghan mendarat di Australia untuk lawatan jelajah pertama mereka sebagai sepasang suami isteri. 

 

Kensington Palace juga mengumumkan yang Meghan baru saja melalui scan 12 minggu kehamilan. Katanya mereka bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka pada musim bunga tahun depan. Bestnya!

Pasangan ini, yang digelar Duke dan Duchess of Sussex, turut berterima kasih dan bersyukur ke atas semua sokongan yang mereka telah terima sejak perkahwinan mereka pada Mei lalu. 

Sejak beberapa minggu lepas lagi bekas pelakon Amerika ini telah menimbulkan pregnancy rumours. Paling ketara adalah ketika dia menghadiri majlis perkahwinan sepupu Harry, Puteri Eugenie pada minggu lepas. 

Foto: Aaron Chown/AFP/Getty Images

Tengoklah betapa longgarnya kot Givenchy yang dia pakai itu!

Tapi setakat ini masih awal untuk ketahui sama ada anak sulung pasangan ini akan menerima gelaran Putera atau Puteri seperti anak-anak William iaitu abang Putera Harry.

Ini adalah kerana moyang Harry, Raja George V telah mengehadkan pemberian gelaran diraja di dalam keluarga diraja Britain ini.

Sebaliknya, anak lelaki pertama sepatutnya bergelar Earl of Dumbarton, manakala anak perempuan pula diberi gelaran Lady Mountbatten-Windsor. Anak lelaki seterusnya akan digelar sebagai Lord.

Apa-apa pun, keputusannya bergantung kepada Ratu Elizabeth II yang berkuasa untuk membuat pengecualian dalam hal ini.

Sumber: E! Online, E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan […]

Trending Tue, 29 Jun 2021
Trending Sat, 25 Jul 2020
Hiburan Wed, 26 Jul 2023

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Jangan main-main eh, abang Azhar Sulaiman kita ni ‘trend setter’, bukan Caprice Wannababe!

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

error: Content is protected !!