Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops October 16, 2018 @ 12:30pm

Lihatlah Gambar Ramalan Wajah Anak Putera Harry Dan Meghan Markle, Macam Real!

Berita tentang Meghan Markle yang tengah hamil 12 minggu baru saja diumumkan semalam. Namun begitu, dah ada banyak pihak yang telah pun membuat ramalan tentang jantina bayi diraja ini dan nama yang akan diberikan.

Wow, mereka tak buang masa langsung! Tapi bagi anda yang tak tahu, ini adalah perkara biasa bagi mereka yang betul-betul meminati dan mengikuti perkembangan keluarga diraja Britain.

Bila ada saja berita “Royal Baby” yang diumumkan, mulalah banyak pihak membuat andaian. Anak sulung pasangan Meghan dan suaminya Putera Harry tak terkecuali.

Menurut wartawan diraja Richard Palmer, nama-nama kegemaran ramai setakat ini berbunyi sedikit tradisional, iaitu Alice, Arthur, Philip, dan Victoria.

Semestinya nama Diana juga menjadi pilihan ramai, kerana itulah nama mendiang ibu Harry yang tersayang, yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1997.

Foto: New Idea

Besar kemungkinan Meghan dan Harry akan menghadiahkan sebuah nama yang sesuai untuk seorang anak raja Britain. Maklumlah, nanti bayi ini akan pewaris ke-7 bagi takhta diraja negara tersebut.

Tapi ada juga kemungkinan yang mereka akan memilih sebuah nama yang datang dari keluarga Meghan, seperti nama ibu bekas pelakon Amerika ini, Doria.

Foto: Cosmopolitan

Selain nama, ada lagi satu golongan peminat keluarga diraja yang sudah mula mengagak bagaimana rupanya anak pasangan ini.

Contohnya, artis potret forensik Dr D’Lynn Waldron, telah menganalisa ciri-ciri rupa mereka berdua dan gunakan teknologi komputer untuk membuat ramalan. Wow, gigih!

Satu gambar menunjukkan jangkaan Dr Waldron sekiranya Meghan dan Harry dikurniakan seorang anak lelaki. 

Dr Waldron menggunakan mata Ratu Elizabeth II, bentuk muka Meghan, serta warna kulit dan rambut Harry untuk mencipta potret khas ini.

Foto: SplashNews.com

Satu lagi potret menampilkan dua orang kanak-kanak. Untuk yang ini, Dr Waldron menggunakan mata, mulut dan dagu Harry, serta bulu kening, hidung, telinga dan mimik muka Meghan.

Foto: SplashNews.com

Bukan Dr Waldron saja yang membuat ramalan wajah Royal Baby. Artis forensik Joe Mullins juga telah mengkaji gambar-gambar terbaru pasangan diraja ini dan ini rupa andaiannya:

Foto: Joe Mullins Forensic Artist / SplashNews.com


Hmm… hanya Tuhan yang tahu jawapannya. Kita tunggu dah lihat sajalah.

Sumber: E! Online, Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Wed, 16 Nov 2022
Trending Tue, 15 Mar 2022

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini. Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang […]

Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tinggal Anak-Anak Saya Macam Itu Sahaja” – Pembantu Rumah Ezzaty Abdullah Lari Ikut Lelaki Dari Aplikasi ‘Dating’

Pembantu rumah Ezzaty Abdullah melarikan diri dan tinggalkan anak-anak kecilnya begitu saja.

Filem Sun, 5 Apr 2026

Aksi Penuh Adrenalin Dipadankan Dengan Kisah Cinta Mat Rempit & Gadis Buta, Malaikat Malam Tampil Naskhah Berbeza

Malaikat Malam tampil sebagai naskhah terbaharu yang menggabungkan elemen aksi motosikal berintensiti tinggi dengan kisah cinta, hasil kerjasama empat penerbit utama.

error: Content is protected !!