Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin October 25, 2018 @ 1:00pm

Keracunan Makanan Boleh Menyebabkan Kematian Berpunca Daripada Bakteria Salmonella. Hati-Hati!

Anda pernah dengar tentang berita 2 kes kematian akibat keracunan makanan selepas makan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling, Kedah?

Kes keracunan makanan tersebut bukan sahaja menyebabkan kematian, malah seramai 83 orang dimasukkan ke hospital di Perak, Kedah dan Selangor. Semua mangsa dikatakan makan mi laksa di premis yang sama!

Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal yang lengkap mendapati bahawa terdapat agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar weltevreden.

Foto: Edward-Elmhurst Health

Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa. Dengan menggunakan kaedah ujian Pulse Field Gel Electrophoresis (PFGE), bakteria tersebut berpunca dari satu sumber iaitu mi laksa yang dibeli di premis tersebut. Mi laksa itu dikatakan diproses oleh pemilik premis itu sendiri. Mungkin cara pemprosesan mi laksa tersebut kurang bersih agaknya!

Jadi, penulis nak tanya, sejauh mana anda mengetahui tentang bakteria salmonella ini? Bagaimana cara untuk mencegah daripada terkena bakteria ini? Bagi anda yang masih tak tahu, jom kita semak!

Apa itu bakteria Salmonella?

Bakteria Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan ataupun pencemaran silang daripada pengendali makanan kepada haiwan.

Punca-punca

  • Manusia
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
  • Haiwan liar dan haiwan peliharaan

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Daging ayam dan produk yang berasaskan ayam
  • Telur dan hasil telur
  • Susu dan hasil tenusu (keju, krim, kastard dan susu mentah)

Foto: Daily Express

Cara merebak

  • Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan.
  • Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.

Tanda-tanda

  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Loya

Tempoh jangkitan 

Antara 6 jam ke 72 jam. Kebiasaannya 12 hingga 26 jam.

Cara pencegahan

  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75 darjah Celcius).
  • Elakkan makan daging atau stik yang mentah atau separa masak.
  • Gunakan peralatan yang berasingan (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak.
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan.
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan.
  • Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.

Kesimpulannya, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan. Kalau anda seorang yang kerap makan di luar, pastikan makanan yang anda makan itu bersih dan selamat. Pilihlah kedai makan yang terjamin tahap kebersihannya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Astro Awani & Myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 6 Jun 2018

Perhatikan Perangai Anda Jika Anda Turut Mempunyai Ciri Sakit Jiwa Seperti Jonghyun

Peningkatan kadar kes bunuh diri sekarang ini bukanlah satu perkara yang boleh di ambil ringan lagi.

Sihat Fri, 29 Mar 2019

Tanda-tanda leukemia dalam kalangan kanak-kanak

Gajalanya lebih kurang sama dengan penyakit biasa, jadi hati-hati ya!

Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Sihat Mon, 14 May 2018

Jangan Main-Main Dengan Masalah Sembelit, Usus Anda Berkemungkinan Rosak

Sembelit jika diambil sambil lewa boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.

Sihat Sat, 11 Jan 2020
Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19

Featured Wed, 18 Mar 2020
error: Content is protected !!