Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 26, 2018 @ 12:00pm

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Jika anda biasa makan makanan Jepun, anda mesti pernah rasai makanan yang dihidang dengan sos teriyaki. Selalunya ia dimasak dengan ayam atau ikan salmon.

Jika anda pernah rasa, anda mesti tahu yang ia sangat sedap, kan? Rasanya lemak manis seperti sos barbeku, dan rupanya likat berkilat!

Untuk pengetahuhan anda, secara tradisionalnya sos ini diperbuat daripada kicap, minuman sake Jepun, mirin dan gula. Ia digunakan di Jepun sebagai ataupun sos peram atau penyalut.

Nasib baik, kita tak perlu gunakan pun sake atau mirin (yang dikelaskan sebagai alkohol) untuk memasak sos teriyaki ini. Ada resipi yang telah menggantikan ramuan tersebut dengan ramuan lain tapi hasilnya tetap sama.

Nak cuba buat? Jom ikuti resipi di bawah.

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar air
  • 5 kepingan halia, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 helai daun bawang, dipotong menjadi dua bahagian bersaiz 6cm panjang
  • 2 keping peha ayam, tulang dibuang 
  • Sedikit tepung serbaguna atau tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Sedikit serbuk cili kasar (opsyenal)

Cara Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk kecil, campurkan kicap, madu, gula, air, cuka dan serbuk cili. Kacau. 
  2. Masukkan kepingan halia, bawang putih dan daun bawang. Kacau.
  3. Di dalam pinggan leper, letakkan ayam dan taburkan tepung di atasnya. Tepek-tepekkan supaya melekat.
  4. Di dalam pan, letakkan minyak masak dan goreng kepingan ayam dengan api kecil selama 5 minit di setiap belah.
  5. Tuangkan sos kicap tadi ke dalam pan, dan masukkan daun bawang.
  6. Biarkan masak hingga sos berkurangan dan menjadi likat. Sambil itu pastikan ayam berendam di dalam sos (sila rujuk video).
  7. Tutup api, keluarkan ayam (biarkan sosnya di dalam pan) dan hiriskan supaya menjadi beberapa kepingan.
  8. Tambahkan air ke dalam sos di dalam pan tadi, pasang api semula dan tunggu hingga sos berbuih. Kacau supaya tak melekat.
  9. Tuangkan kepingan ayam balik ke dalam sos dan kacau hingga mereka betul-betul bersalut dengan sos. Siap!

Anda boleh makan dengan nasi putih dan sayur goreng. Taburkan sedikit biji bijan dan hirisan daun bawang di atas ayam tadi. Fuuh… gerenti terangkat!

Jom cuba!

Sumber: A’s Cookbook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Sep 2018

Ucapkan ‘Saya Sayang Kamu’ Dalam 28 Bahasa Ini, Hati Si Dia Pasti Berbunga-Bunga!

I love you, tiga perkataan ini punya magis dan kuasa luar biasa yang mampu mengubah dunia.

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019

Anak tidak mahu makan nasi? Resipi nuget buatan sendiri ini pasti membangkitkan selera mereka!

Anak anda masih akan mendapat nutrisi secukupnya dengan nugget ini.

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!