Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 29, 2018 @ 5:00pm

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Adakah anda termasuk di dalam kategori skinny? Jika anda merupakan salah seorang yang memakai saiz ‘0’,  XS (extra small) atau S (small), namun mempunyai masalah untuk menaikkan berat badan tetapi ingin tampak sedikit berisi, usah risau kerana terdapat panduan pemakaian yang boleh mencipta ilusi tubuh agar tidak kelihatan terlalu kurus.

Kesalahan memilih potongan pakaian boleh membuatkan anda kelihatan sangat kurus sehingga membuatkan penampilan anda menjadi kurang menarik.

Berikut beberapa pakaian yang disarankan untuk anda yang berbadan kurus. Jenis-jenis pakaian ini dapat membuatkan badan anda yang skinny kelihatan lebih menggiurkan!

1. Pakaian jenis ruffles (beropol)

Foto: W Magazine

Ropol atau detail ruffles akan memberikan efek tubuh yang lebih berisi. Pilih yang memiliki banyak ropol kerana ia akan menambah volume tubuh anda. Di samping itu, anda boleh menambahkan pelbagai aksesori seperti gelang, rantai atau aksersori lain agar penampilan anda yang berbadan kurus ini kelihatan lebih menarik.

2. Motif melintang

Foto: PopCrush

Anda yang berbadan kurus boleh memakai baju dengan motif garis melintang. Garis melintang akan memberi kesan melebarkan tubuh. Secara tak langsung, badan kurus akan kelihatan lebih lebar dan membuatkan anda nampak berisi.

Selain itu, pilihlah motif melintang dengan warna yang ceria. Untuk nampak lebih serasi, cuba padankannya dengan jeans juga dari warna terang atau gelap untuk memberi keseimbangan dalam pemakaian.

3. Warna terang 

Foto: mvtrends

Bagi anda yang bertubuh kurus, anda harus avoid pakaian berwarna gelap. Sebaliknya pilihlah warna terang dan segar seperti merah, pink, biru terang atau kuning yang mampu membuatkan badan anda nampak lebih besar. Walau bagaimanapun pastikan sesuai dengan warna kulit anda supaya penampilan kelihatan semakin cantik.

4 Fabrik ‘knitted’

Foto: Ярмарка Мастеров

Memilih baju tebal yang diperbuat daripada fabrik yang selesa, merupakan salah satu alternatif dalam penggayaan si dia yang bertubuh kurus melidi.

Material ‘kait’ atau knitted, yang terdapat dalam rekaan seperti sweater dan vest sangat sesuai untuk anda yang berbadan kurus. Anda boleh juga gabungkan kemeja dengan vest, romper atau sweater.

 5. Corak besar & bold

Foto: Daily Mail

Fabrik cetak dengan motif floral dan geometric besar, satu lagi jenis kain yang boleh membuatkan seseorang yang bertubuh kurus kelihatan sedikit berisi. Ini kerana corak bunga mahupun geometric penuh, menutup simetri dan shape tubuh.

Anda boleh membuat perbezaan dengan memakai pakaian tanpa corak dan bercorak, anda akan dapati perbezaannya! 

Sumber: Wom.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2020
Acara Wed, 10 Apr 2019
Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

15 Reka Bentuk Anting-Anting Leather Yang Tengah Trending Sekarang

Inilah trend terbaru bagi aksesori fesyen pada masa kini.

Featured Mon, 30 Jul 2018
Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

4 Cara Ketahui Jenis Kulit Anda Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang perfect, anda kena tahu dulu apa jenis kulit anda: kering, berminyak, normal atau kombinasi.

Oh Lawa Fri, 16 Nov 2018
Featured Fri, 4 May 2018

12 Foto Hasil Pembedahan Plastik Warga Korea Yang Mengejutkan, No. 11 Paling Ketara!

Ada prosedur yang tak berapa nak jadi. Tapi kalau berjaya, transformasinya memang amazing!

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Mariah Carey Tak Mandi Macam Orang Biasa, Patutlah Digelar Diva!

Ketahui caranya untuk mendapatkan kulitnya yang flawless itu.

error: Content is protected !!