Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom November 1, 2018 @ 11:00am

Hilang Pelanggan Dan Rakan Jurusolek Gara-Gara Bulu Mata Palsu!

Gara-gara pendirian untuk berhenti menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, sanggul tinggi serta mekap tebal, wanita ini kehilangan ramai pelanggan.

Namun perkara itu tidak sedikitpun membuat Nina Syazana, 25, berganjak daripada keputusannya kerana enggan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam.

Kenyataan yang dibuat Nina itu menarik perhatian ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,500 pelayar Facebook.

Menerusi posting itu, Nina memaklumkan dia berhenti menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, sanggul tinggi serta mekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.

Nina menjelaskan kesedaran itu baru sahaja menjentik diri dan bimbang pendapatan yang diperolehi tidak berkat jika berterusan melakukannya.

“Sebelum ini saya memang pakaikan bulu mata palsu, buat mekap tebal dan pakaikan sanggul untuk pengantin perempuan. Saya juga tolong siapkan pengantin lelaki seperti pakaikan sampin dan tanjak.

“Kadang-kadang saya sendiri yang paksa pelanggan pakai sanggul palsu untuk bagi nampak lebih cantik. Tapi akhirnya saya sedar ia perbuatan yang salah.

“Tapi ini tak bermakna saya berhenti jadi jurumekap, cuma lepas ni saya akan elakkan apa yang ditegah dalam agama, mekap yang saya akan hasilkan pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja,” katanya.

Foto: Nina Syazana Facebook

Katanya lagi, beberapa rakan jurusolek turut mendiamkan diri sejak dia membuat posting berkenaan, berkemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Tempahan mekap saya sudah ada sehingga Ogos 2019. Namun ada lima atau enam orang yang sudah batalkan. Mungkin sebab mereka masih nak pakai bulu mata palsu. Jadi sekarang saya dalam proses untuk kembalikan wang deposit mereka.

“Tapi Alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah, dia gantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej, cakap yang mereka suka dengan pendirian saya.

“Malah ada seorang penjual bulu mata palsu pun turut mesej saya. Dia pun dah lama rasa seperti apa saya rasa, selepas baca posting itu dia juga nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat.

“Paling terkilan bila kawan-kawan jurumekap yang rapat langsung tak bagi apa-apa respon. Saya faham mereka nak jaga periuk nasi masing-masing,” katanya lagi.

Sementara itu, posting Nina di laman Facebook turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyambut baik pendirian tersebut.

Foto: Nina Syazana Facebook

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 22 Mar 2018

Jangan Tenung Lama-Lama Matanya. Takut Anda Tak Tidur Malam, Seram!

Tidak seperti kebanyakan boneka atau patung, yang menjadi peneman saat mahu tidur atau yang dikendong ke mana saja, yang satu ini membangkitkan perasaan aneh.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Thu, 13 Apr 2023

Dihentam Beri ‘Green Light’ Isteri Bertudung Atau Tak, Awal Ashaari Tahu Hukum Agama

“Saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya saya tak kisah”. Demikian kata pengacara dan pelakon, Awal Ashaari selepas kenyataannya sebelum ini disalah anggap oleh segelintir netizen. Menurut Awal atau nama […]

Featured Thu, 23 Jun 2022

[VIDEO] Siap Bayar RM100,000 Secara Tunai! Kak KM Hadiahkan Ibu Kereta – “Sayang Memang Dah Niat Mak”

Fuh, bertuah betul Normah anak belikan kereta cash! Takyah pening nak bayar bulan-bulan 😂Min tabikk dengan sikap Kak KM yang sentiasa bahagiakan ibu 🥰 Rezeki takkan pernah berkurang malah bertambah bila kita tak kedekut dengan ibu bapa ❤️

error: Content is protected !!