Oh Lawa By: tex_admin November 13, 2018 @ 3:00pm

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

Cuba anda teliti pada setiap helaian hujung rambut, adakah ia kelihatan bercabang? Jika bercabang, anda mesti stress kan? Yela, rambut merupakan mahkota setiap wanita yang perlu dijaga sebaiknya.

Bila rambut dah bercabang pasti anda buntu untuk mencari salon untuk merawat masalah ini. Mungkin ada sesetengah wanita juga sanggup berhabis duit untuk merawat masalah rambut bercabang.

Tapi, daripada anda menghabiskan duit, anda juga perlu tahu punca sebenar rambut bercabang. Bila anda dah tahu puncanya, sedikit sebanyak anda boleh menjaga kesihatan rambut dengan lebih teliti. 

Sebenarnya, rambut bercabang ini berpunca daripada kesilapan diri anda sendiri! Penulis senaraikan 6 kesilapan yang selalu anda buat yang boleh menyebabkan hujung rambut bercabang.

1. Tidak menggunakan perapi rambut

Foto: Makeupandbeauty.com

Setiap kali anda mencuci rambut, anda guna tak perapi rambut? Mungkin ada dalam kalangan anda fikirkan bahawa menggunakan syampu sahaja sudah memadai dan tak perlu guna perapi. 

Tapi, perapi rambut sangat penting untuk menutup cuticles rambut yang mungkin terbuka apabila mencuci rambut. Cuticles rambut yang terlindung akan kurang mengalami kerosakan akibat terdedah kepada air, mengurangkan kerapuhan rambut sekaligus tidak bercabang.

2. Tidak trimmed rambut secara berkala 

Foto: StyleCaster

Untuk pengetahuan anda, rutin menggunting hujung rambut secara berkala sebenarnya dapat mengurangkan risiko hujung rambut bercabang. Anda perlu trimmed rambut setiap 6 minggu untuk membuang hujung rambut yang rosak.

3. Menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap

Foto: Noticias24.com

Penggunaan hair dryer atau iron rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut anda mudah rapuh dan bercabang akibat daripada haba panas daripada alatan tersebut. Sebenarnya, anda boleh menggunakan alatan ini, tapi sebelum menggunakannya anda perlu menggunakan semburan pelindung haba pada rambut terlebih dahulu.

Awas! Jangan gunakan alatan ini ketika rambut anda masih basah! Keringkan rambut anda terlebih dahulu dan gunakan tahap kepanasan yang paling rendah pada alatan.

4. Menggunakan banyak bahan kimia pada rambut

Foto: Daily Vanity

Teknik meluruskan (rebonding), kerinting (perm), mewarnakan ataupun bleaching pada rambut akan menyebabkan rambut anda menerima bahan kimia. Penerimaan bahan kimia pada rambut merupakan punca utama rambut mudah bercabang ataupun rapuh. Sebaiknya, kekalkanlah original rambut anda dan lakukan rutin penjagaan rambut yang betul.

5. Rambut terdedah dengan cuaca panas

Foto: Daily Vanity

Rambut yang kerap terdedah dengan sinaran matahari lebih berisiko tinggi untuk rosak dan bercabang. Cahaya matahari yang panas akan menyebabkan kulit kepala dan rambut anda menjadi lebih kering. Sekiranya anda melakukan aktiviti luar yang terdedah dengan cahaya matahari, anda boleh menggunakan topi untuk melindungi kepala dan rambut anda.

6. Kurang minum air putih

Foto: Daily Vanity

Sangat penting untuk anda minum lebih banyak air putih untuk kesihatan mahupun diet seimbang. Selain itu, badan anda akan memperolehi semua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang kuat dan bersinar!

Jadi, selepas ini elakkan daripada melakukan 6 kesilapan yang boleh merosakkan rambut anda. Amalkanlah penjagaan rambut dengan lebih teliti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Daily Vanity

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

5 kesalahan ketika mencuci muka

Ketahui teknik yang sepatutnya kalau nak cantik!

Featured Sat, 21 Mar 2020

Baju kurung dan abaya tetap bergaya merentas masa

Persalinan malar segar sepanjang zaman

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Oh Lawa Fri, 8 Mar 2019

Telekung Siti Khadijah rintis laluan bina jenama eksklusif industri fesyen Muslimah

Usaha pacu kejayaan selepas sedekad telekung SK di pasaran

Featured Tue, 28 Jan 2020
Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Featured Fri, 9 Aug 2019